- Lain-lain
Teknologi Bantu Terokai Potensi Baharu Buat Golongan OKU di China
“Ketatkan tali, paut pada pemegang, tekan dan naik!”
Di pusat rehabilitasi syarikat pemula RoboCT yang terletak di Hangzhou, Provinsi Zhejiang, Wang yang bergantung pada kerusi roda sejak lebih sedekad kini beransur-ansur bangun dengan bantuan robot eksorangka, sekali gus menerima tepukan gemuruh dari orang ramai di dalam bilik itu.
Jurutera, Nie Peng, yang turut menggunakan kerusi roda, telah berkongsikan momen tersebut. Selaku bekas mekanik kereta, Nie mengalami kecederaan saraf tunjang lebih sepuluh tahun lalu yang menyebabkan beliau bergantung pada kerusi roda untuk pergerakan.
“Apabila saya menyedari saya akan menghabiskan sisa hidup saya di atas kerusi roda, dunia saya gelap,” katanya. Ketidakmampuan untuk bergerak secara berpanjangan mengakibatkan atrofi otot dan komplikasi seperti jangkitan dan pembekuan darah.
Nie Peng menyertai latihan rehabilitasi dengan robot eksorangka. (Foto oleh Wang Yang)
Cacat fizikal dan mengganggu emosi, Nie telah mengurung diri di dalam rumah seperti kebanyakan pesakit lumpuh.
“Saya akan duduk atau berbaring, dan kesihatan saya terus merosot,” katanya.
RoboCT, yang diasaskan pada 2017 di AI Town di Hangzhou Future Sci-Tech City, membangun dan menggunakan teknologi eksorangka.
“Eksorangka bukan sekadar rangka besi yang diikat pada badan, tetapi sistem robotik boleh pakai yang menyepadukan teknologi maklumat canggih dan pengkomputeran mudah alih," jelas pengasasnya, Wang Tian.
Peranti yang digunakan oleh Wang menggunakan penderia daya yang dipasang pada kaki untuk mengesan hasrat pergerakan dan kemudian membantu dengan gerakan berkuasa yang meniru gaya berjalan semula jadi.
Antara rutin harian Nie adalah termasuk bekerja dengan rakan sekerja untuk mengoptimumkan keselesaan eksorangka.
Beliau menyertai RoboCT pada tahun ia diasaskan selepas mengetahui syarikat itu sedang merekrut penguji.
“Saya tidak tahu tentang eksorangka ketika itu, tetapi terperap di rumah bukanlah pilihan. Jika usaha saya boleh memberi harapan kepada pesakit lain, ia berbaloi,” kata Nie.
Beliau kemudiannya menyertai pasukan penyelidikan dan pembangunan RoboCT, dan jelas mengingati langkah pertamanya yang dibantu, menyaksikan air mata mengalir di wajahnya.
“Dapat berdiri semula memberi saya harapan untuk hidup,” ujar Nie.
Hari ini, beliau berlatih dengan eksorangka sekurang-kurangnya sejam sehari, dan memberikan maklum balas tentang reka bentuk. Dengan mempelajari kemahiran elektronik dan mekanikal, beliau kini menyelenggara data sistem dan mengurus peralatan.
Pasukan itu telah beralih daripada berpandukan hidraulik kepada elektrik, mengurangkan pek bateri dan memperkemas rekaan tali untuk menambah baik pengalaman dalam penggunaan. Model terkini menyepadukan antara muka otak-komputer yang menangkap signal saraf dan menterjemah keinginan pengguna secara lebih tepat dengan terdapatnya penderia kaki.
Di pusat rehabilitasi syarikat itu, golongan orang kurang upaya (OKU) boleh cuba atau menyewa peralatan tersebut. Kanak-kanak yang mengalami palsi serebrum menggunakan eksorangkan untuk membetulkan lenggok, dan warga emas dengan pergerakan yang terhad pula menaiki tangga dengan model boleh bergerak.
Sehingga hari ini, perkhidmatan RobotCT telah dilengkapi di lebih 700 institusi penjagaan warga emas dan rehabilitasi, dengan digunakan untuk lebih 650,000 kali.
Nie berkata, masyarakat China telah menjadi lebih terangkum dan mesra kepada golongan OKU pada tahun-tahun mutakhir ini.
Akhir-akhir ini, beliau telah mencuba prototaip terkini menggunakan antara muka otak-komputer. Setelah teknologi itu matang, eksorangka mungkin mampu bergerak seiring dengan lintasan pemikiran pengguna.
Melihat ke hadapan, Nie mempunyai harapan mudah, iaitu agar eksorangka yang diperbuat daripada bahan mentah yang fleksibel boleh menjadi ringan dan mudah digunakan seperti pakaian, sekali gus membolehkan pengguna berjalan bebas.
- Perincikan Sistem Jaminan dan Perkhidmatan untuk OKU - Xi
- 17 Tahun Selepas Wenchuan: Harapan Bersinar Gemilang
- China Rangsang Pengambilan Kerja, Kebajikan Masyarakat Buat Golongan OKU
- Penghidap Polio Manfaatkan Media Sosial, Tingkatkan Kesedaran
- Penari Berkerusi Roda Ceriakan Hari Dengan Seni
- Kafe di Xining Hargai Kelebihan OKU, Tawar Peluang Pekerjaan
- Laporan Terbaru Tekankan Usaha China Jamin Akses Budaya Golongan Cacat Penglihatan
- Sekolah Anjing Pemandu Adakan Sesi Yoga Tutup Mata
- Kisah Xi | Didorong Presiden Xi, Wanita OKU Mongolia Dalam Kini Bergelar Guru
- Usahawan dari Chongqing Bantu Permudah Komunikasi OKU Pendengaran