- Lain-lain
Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Nauru
Presiden China, Xi Jinping mengucap tahniah kepada Presiden terpilih Nauru, David Adeang yang akan melanjutkan penggal perkhidmatannya pada Jumaat.
Xi menyatakan bahawa sejak penyambungan semula hubungan diplomatik China-Nauru, kedua-dua negara telah melakukan kerjasama yang produktif dalam mendorong perkembangan hubungan itu dan pencapaian dalam pelbagai bidang telah memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Xi berkata, beliau amat menghargai pendirian kerajaan Nauru yang dipimpin oleh Adeang dalam mengamalkan prinsip Satu China.
"Saya amat mementingkan perkembangan hubungan dua hala dengan Nauru, dan bersedia berusaha bersama dengan Presiden Adeang mendorong hubungan itu terus meningkat ke tahap lebih tinggi demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara", tambah Xi.
- Wang Yi Bertemu Menteri Luar Nauru
- Pemimpin China, Nauru Adakan Rundingan Sulung Sejak Pemulihan Hubungan Diplomatik Kedua-dua Negara
- Ambil Peluang Lawatan Adeang, Terus Mantap Hubungan China-Nauru: MFA
- Presiden Nauru Lawat China Bermula Ahad
- Xi Ucap Tahniah Ulang Tahun ke-56 Kemerdekaan Nauru
- Kedutaan China di Nauru Adakan Upacara Pembukaan Semula
- China dan Nauru Pulihkan Hubungan Diplomatik




