- Lain-lain
"Makanan Laut" Xinjiang
Topik "makanan laut" dari Xinjiang menjadi perbincangan hangat baru-baru ini. Anda mungkin tertanya-tanya, bagaimana Xinjiang yang jauh dari laut boleh mempunyai makanan laut? Biasanya, kalau sebut tentang produk istimewa dari Xinjiang, kita akan terfikir tentang daging kambing yang segar, kurma Cina yang penuh berisi, Hami Melon yang manis serta anggur Turpan yang lazat. Justeru, Xinjiang yang terletak di kawasan pedalaman telah mencuri perhatian di seluruh China selepas mendapat tuaian besar makanan laut.
Sebenarnya, industri perikanan sudah berkembang selama bertahun-tahun di Xinjiang.Ketika ini, Xinjiang telah menjadi salah satu hab perikanan di utara. Pada 2022, Xinjiang menduduki tempat kedua dalam jumlah pengeluaran perikanan di antara lima wilayah barat laut China.Jumlah spesies ikan mencatat 88. Udang kara air tawar Australia, ketam, ikan tilapia, salmon……Semakin banyak spesies "menetap" di kawasan sekitar Gunung Tianshan.
Air yang berkualiti tinggi adalah jaminan kepada produk perikanan yang baik.Terletak jauh dari laut, bukankah Xinjiang hanya mempunyai gurun dan tanah masin-alkali?Adakah terdapat air di situ? Adakah pula air yang berkualiti tinggi? Kenapa Xinjiang boleh menjadi pengeluar makanan laut? Apa rahsianya untuk menghasilkan produk perikanan yang baik?
Inovasi teknologi telah memungkinkan Xinjiang untuk membangunkan industri perikanan. Xinjiang yang dianggap "kurang air", sebenarnya memiliki kawasan air keempat terbesar di seluruh negara. Xinjiang yang terdiri daripada tiga pergunungan dan dua lembangan, bukan hanya ada padang rumput dan gurun, tetapi juga sumber air yang melimpah dari gunung bersalji, sungai, tasik serta sumber organisma makanan, iaitu makanan hidup untuk ikan.
Xinjiang turut memanfaatkan sumber air tawar yang melimpah berdasarkan keadaan setempat, pada masa sama, ia menggunakan air masin-alkali tempatan agar bersamaan dengan keadaan air laut, dan membiak produk akuatik yang habitat asalnya adalah laut di tanah masin-alkali. Ikan di perairan Xinjiang seolah-olah kembali ke laut. Ikan bukan sekadar boleh hidup dalam air seperti itu sahaja, tetapi juga hidup lebih sihat!
Kaunti Makit yang terletak di pinggir barat daya Gurun Taklamakan berjaya membiak udang kara air tawar Australia di tengah gurun. Ladang Hongqi yang terletak di pinggir selatan Lembangan Junggar telah merubah tanah masin-alkali yang sukar untuk ditanam tumbuhan menjadi "Pangkalan Ternakan Hasil Laut" dan berjaya membiak hasil laut seperti ikan tilapia dan udang putih. Ikan dari pangkalan ternakan salmon yang terletak di kaunti Nilka, daerah autonomi Kazakh Ili, wilayah Xinjiang boleh dihidangkan di meja makan di Shanghai dalam tempoh 24 jam dengan menempuh jarak sejauh 4,000 kilometer. "Makanan laut" dari Gunung Tianshan kini terkenal meskipun dari tempat yang jauh. Dengan industri perikanan di Xinjiang terus berkembang serta peluang baharu yang dibawa oleh Inisiatif Jalur dan Laluan, kita boleh menantikan produk akuatik Xinjiang dijual ke luar negara suatu hari nanti.
- Xi Bakal Hadiri Perhimpunan Meraikan Ulang Tahun ke-70 Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang
- Urumqi Disenarai Antara Destinasi Musim Panas Paling Atas di China
- Jed Hotan: Jambatan Sepanjang Zaman Dalam Kalangan Tamadun
- Grand Bazar di Urumqi Gerbang Keunikan Xinjiang
- Pemandangan Warna-warni di Kampung Tavan Gamit Pelancong
- Gema Gendang Tangan Hidupkan Malam Kuqa Purba
- Dagangan Luar Xinjiang Naik 27.3 Peratus Tujuh Bulan Pertama 2025
- Grand Bazaar di Xinjiang Kini Masuki Kemuncak Musim Pelancongan
- Bekas Ahli Korporat Temui Kejayaan Dengan Melon Hami di Xinjiang
- China Keluarkan Kertas Putih Garis Panduan Tadbir Urus di Xinjiang pada Era Baharu
- Pertanian Aprikot Pacu Pertumbuhan di Kuqa
- Xi Tiba di Urumqi
- Xi Bertemu Wakil Pelbagai Lapisan Xinjiang
- Xi Lawat Pameran Bertema Ulang Tahun Ke-70 Penubuhan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang
- Xi Hadir Gala Raikan Ulang Tahun Ke-70 Penubuhan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang
- Presiden Xi Beri Arahan Penting mengenai Pembangunan Xinjiang
- Xi Hadiri Perhimpunan Meraikan Ulang Tahun ke-70 Penubuhan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang
- Pelbagai Jabatan Ucap Tahnian kepada Rakyat Berbilang Kaum di Xinjiang
- Xi Pulang ke Beijing
- Tasik Sayram, "Titisan Air Mata Terakhir Lautan Atlantik"