- Lain-lain
Pekan ArtInno Kini Jadi Penjana Kreatif, Mahu Lebih Kelihatan di Pentas Antarabangsa
Pemandangan sudut udara Pekan ArtInno di Hangzhou, ibu kota Provinsi Zhejiang di timur China. (Foto oleh Hangzhou Daily)
Terletak di bersebelahan Gunung Phoenix dan Tasik Tongjian di daerah Xihu, Hangzhou, Provinsi Zhejiang, Pekan ArtInno muncul sebagai hab kreatif dan kebudayaan yang segar, sekali gus mencerminkan kedinamikan ekonomi swasta di China secara amnya.
Berlokasi di tengah-tengah ‘Jalur Industri Kebudayaan Zhijiang’, enklaf pemandangan itu kini menempatkan lebih daripada 3,000 syarikat kreatif dan kebudayaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Zhejiang Huaguoshan Cultural Media, Zhou Jianmin berkata bahawa, pertumbuhan syarikatnya tidak dapat dipisahkan daripada faktor persekitaran keusahawanan yang cemerlang di situ.
Untuk rekod, sejak penubuhannya di Pekan ArtInno pada 2019, syarikat itu telah menyaksikan pertumbuhan, daripada hanya memiliki beberapa pekerja kepada satu pasukan sebesar 130 orang pekerja.
Semasa tempoh Pelan Lima tahun (FYP) ke-14 (2021-2025), syarikat-syariakt yang berpangkalan di pekan itu sama ada telah menghasilkan atau terlibat dalam 20 hasil audiovisual yang menjadi sanjungan ramai termasuk permainan video popular ‘Black Myth: Wukong’, blokbuster animasi ‘Ne Zha 2’ dan filem animasi yang dihasilkan secara bersama iaitu ‘Nobody’.
Kesemua kejayaan tersebut telah membantu dalam membentuk kluster industri audiovisual yang dinilai sebanyak lebih daripada RMB5 bilion (AS$700 juta). Pada 2024 sahaja, syarikat di Pekan ArtInno telah menjana pulangan keseluruhan melebihi RMB10 bilion.
Di sebalik kesan visual yang mempesonakan pada setiap babak dalam ‘Ne Zha 2’ adalah proses penapisan yang penuh teliti.
“Kami menghabiskan selama tiga bulan dan melalui proses penyemakan sebanyak berkali-kali untuk memenuhi keperluan pasukan penerbitan,” ujar Geng Chengyuan, pengarah kesan visual syarikat itu.
Berdekad-dekad dahulu, tapak Pekan ArtInno merupakan kilang simen. Pada 2008, hampir 10 tahun selepas kilang tidak beroperasi, tapak itu diubah menjadi Taman Kreatif dan Kebudayan Zhijiang, iaitu salah satu daripada taman industri kreatif yang pertama di Hangzhou.
Pada 2015, Provinsi Zhejiang melancarkan inisiatif untuk membangunkan pekan yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, iaitu sebagai platform untuk inovasi dan keusahawanan. Daerah Xihu membuat keputusan unttuk bekerjasama dengan Akademi Seni China dan Konservatori Muzik Zhejiang untuk menubuhkan Pekan ArtInno, yang memfokuskan industri-industri yang berkaitan.
Empat tahun berikutnya, pada 2019, ia menerima pengiktirafan sebagai pekan bercirikan bertaraf provinsi.
“Syarikat kami telah membangunkan secara pesat di sini selama beberapa tahun lepas. Tempat ini benar-benar merupakan ‘Gunung Huaguoshan’ kami.
“Pekan ini mengumpulkan syarikat-syarikat dari serata rantai industri kreatif, kebudayaan dan digital, iaitu daripada filem dan televisyen kepada animasi, permainan dan reka bentuk kreatif. Apa sahaja yang kami perlukan, kami akan segera mendapat rakan di sini,” kata Zhou.
Berkeluasan sehingga 3.5 kilometer persegi, pekan itu berfungsi sebagai taman keusahawanan dan kawasan pemandangan terbuka. Ruang hijau, laluan pejalan kaki, kedai buku, restoran, pasar dan ruang pameran telah mencipta suasana yang mengalu-alukan kedatangan orang ramai sama ada pelancong luar mahupun penduduk tempatan.
“Berbanding dengan bangunan pejabat biasa, suasana bergaya taman di pekan itu memberikan perasaan lebih selesa. Apabila kita melihat orang ramai datang melawat, mengambil gambar sertea mendekati elemen kreatif dan kebudayaan, ia memberikan kita perasaan kejayaan yang sebenar,” ujar Geng.
Daripada filem animasi ‘White Snake 2’, syarikat itu telah membangunkan patung kecil yang menjana lebih daripada RMB13 juta dalam jualan.
Pekan itu turut menawarkan perkhidmatan berkualiti untuk perusahaan. Ketika syariakt Zhejiang Huaguoshan Cultural Media mendepani cabaran reka bentuk bungkusan untuk produk terbitan pada penghujung tahun lalu, pekan itu dengan segera menghubungkan ia dengan firma pencetakan digital tempatan.
“Selepas membuat pengesahan tentang bahan dan gaya bungkusan, kami menerima sampel dengan segera. Dalam tempoh 15 hari, produk siap telah bersedia untuk penghantaran.” kata Zhou.
Menurut Zang Yan, ketua Pusat Perkhidmatan Perusahaan Pekan ArtInno, pekan itu telah menggunakan kaedah pengurusan grid untuk perkhidmatan korporat, menyaksikan individu khusus untuk perkhidmatan berhubung secara terus dengan perusahaan serta secara proaktif mengenal pasti dan menangani cabaran pengoperasian.
Di sebalik perkhidmatan yang cekap dan suasana yang menyenangkan, Pekan ArtInno turut mempunyai kelebihan daripada sumber bakat yang kuat. Menerusi model kolaboratif yang menggabungkan kepimpinan kerajaan dan penyertaan akademik, daerah Xihu, Akademi Seni China, dan Konservatori Muzik Zhejiang telah bersama-sama mewujudkan platform untuk pertukaran antara perusahaan dan sekolah, secara berterusan menyalurkan bakat dan kepakaran teknikal untuk syarikat tempatan.
Semasa tempoh FYP ke-14, daerah Xihu menyediakan hampir RMB42.16 juta dalam subsidi dasar sebagai bantuan kepada industri kreatif dan kebudayaanya.
Melihat ke hadapan kepada FYP ke-15 (2026-2030), Pekan ArtInno merancang untuk memperdalam penyepaduan budaya tradisionalnya dengan teknologi digital di serata sektor audiovisual, termasuk animasi, permainan, teknologi filem dan drama mikro. Sasarannya adalah untuk tampil secara lebih unik di pentas antarabangsa, dan berkembang secara lebih meluas dalam pasaran domestik dan global.