China Serah Bantuan Makanan Bernilai USD3.5 Juta Kepada Zambia

(CRI)Rabu 22 Oktober 2025

Satu majlis penyerahan rasmi bagi projek bantuan makanan bernilai USD3.5 juta telah diadakan di Lusaka, ibu negara Zambia pada Isnin.

Projek tersebut merupakan kerjasama antara China dan Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP).

Bantuan tersebut dibiayai oleh kerajaan China di bawah Dana Pembangunan Global dan Kerjasama Selatan-Selatan bagi pembelian kira-kira 5,641 tan tepung jagung untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan di wilayah selatan dan barat Zambia yang terjejas akibat kemarau.

Video

Berita Berkaitan