- Lain-lain
Xi, Stubb Saling Ucap Tahniah Sempena 75 Tahun Hubungan Diplomatik
Presiden China Xi Jinping dan Presiden Finland Alexander Stubb saling bertukar ucapan tahniah pada Selasa sempena ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Xi berkata beliau amat mementingkan hubungan China-Finland dan bersedia bekerjasama dengan Stubb untuk menyemarakkan persahabatan tradisional dan membuka dimensi baharu dalam jalinan kerjasama kedua-dua negara.
Xi turut menyuarakan kesediaan China bersinergi dengan Finland untuk menggalakkan multipolarisasi dunia yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang inklusif dan menguntungkan semua.
Sementara itu, Stubb menyatakan hubungan Finland-China berkembang mantap dan ikatan kerjasama terus diperluas sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 75 tahun lalu.
Stubb berkata masyarakat antarabangsa mempercayai peranan China sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), dan beliau berharap dapat terus berdialog dengan Presiden Xi mengenai isu-isu bilateral dan global.
- Keunikan Hubungan Finland-China Lahir daripada Saling Percaya: Presiden Stubb
- China, Finland Perkasa Kerjasama Strategik Demi Kebaikan Bersama
- Peng Liyuan Adakan Resepsi Minum Teh untuk Wanita Pertama Finland
- Xi Ucap Tahniah Stubb Dipilih Presiden Finland
- Xi Bertemu Presiden Finland melalui Pautan Video




