Keindahan Musim: Embun Buku Turun

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 23 Oktober 2025

Hai, semua! Saya Sisi, penggemar kembara. Tatkala kabus pagi berlabuh di atas pergunungan dengan sedikit kesejukan, sementara dedaun di dahan menjadi keemasan dan merah, kita sedang menerima kedatangan Shuangjiang, atau Embun Buku Turun, iaitu penggal terakhir dalam kalendar ’24 tradional’ untuk musim luruh. Sekarang, saya berada di kampung Hongcun, Provinsi Anhui di timur China. Jom sertai saya mengembara menyelusuri kampung purba ini yang dipenuhi embun beku, dan rasai keindahan musim nan tenang apabila ‘udara menjadi suram dan embun menjadi beku’.

Tempoh Embun Beku Turun telah menyaksikan transformasi kampung Huizhou menjadi lukisan dakwat nan hidup. Tatkala fajar menyinsing, Tasik Nanhu muncul berkabus; ranting-ranting pokok di sepanjang pesisir dilitupi oleh embun putih. Pabila cahaya mentari memancar menembusi awan, kristal, hablur fros berkilauan lembut, menghamburkan riak keemasan di seluruh tasik. Berjalan di sepanjang laluan berturap batu, anda akan dapati mapel berwarna merah menyala di pintu masuk kampung, daun-daunnya yang gugur terdampar pada dinding bercat putih dan anak tangga batu, tidak ubah bak percikan dari palet pelukis. Semangat Embun Buku Turun berlegar-legar dalam kehangatan harian kampung: untaian keledek kering tergantung di sepanjang dinding, kemanisan lembutnya diselitkan dengan rasa cahaya matahari dan tanah, sebagai tanda ‘simpanan manis’ untuk musim sejuk yang akan datang.

Di luar negara, detik lewat musim luruh ini membawa pesona tersendiri. Di Tuscany, Itali sekarang adalah musim menuai buah zaitun. Petani akan sibuk di kebun, memetik buah zaitun sebelum diproses menjadi minyak segar. Ia dinikmati dengan roti hangat yang baru keluar dari ketuhar, satu cita rasa musim luruh yang mudah, namun asli.

‘Apabila fros turun, langit menjadi cerah, dan musim luruh bergerak ke arah barat ditiup angin’. Embun Beku Turun menandakan akhir musim luruh dan permulaan musim sejuk, membawa keindahan perubahan bermusim dan kehangatan kegembiraan dengan penuh sederhana. Bagaimanakan rupanya Embun Beku Turun di tempat anda? Mari, kongsikan pengalaman anda tentang musim luruh ini, dan mari kita bersama-sama menikmati keindahan musim luruh yang terakhir.

Video

Berita Berkaitan