- Lain-lain
China Peneraju Ekonomi Asia-Pasifik - Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC
Pengarah Eksekutif Sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Eduardo Pedrosa memberi penghargaan tinggi tentang pencapaian pembangunan modeniasi ala China, dan menyatakan bahawa China berperanan sebagai peneraju dalam kerangka APEC dan sejak sekian lama memfokuskan usaha mendorong kemakmuran serantau bahkan sejagat pada tahap lebih tinggi.
Demikian dinyatakan Pedrosa ketika berbual bersama wartawan Kumpulan Media China(CMG) di Gyeongju, Korea Selatan baru-baru ini.
Pedrosa menyatakan bahawa ketika menganjurkan mesyuarat APEC seawal tahun 2014, China pernah mengeluarkan Pelan Tindakan APEC Mendorong Kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik, beserta cetak biru mengenai pembinaan kesalinghubungan. Kedua-dua itu amat bermakna bagi pembangunan serantau.
Dalam Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) APEC pada tahun lalu, Presiden Xi Jinping dalam ucapannya pernah menyebut “globalisasi ekonomi” sebanyak 13 kali dan “keterbukaan” sebanyak 11 kali. Ketika diminta pandangan mengenai ucapan Xi itu, Pedrosa menganggap pandangan Xi membawa makna yang signifikan, kerana mempunyai kaitan rapat dengan masa depan, keterbukaan dan perpaduan di rantau ini, serta menumpukan kepada sumbangan dan peranan tunjang rantau Asia Pasifik dalam landskap ekonomi dunia yang terbuka.
- Xi Kemukakan Lima Cadangan Untuk Pertumbuhan Ekonomi Asia-Pasifik
- Xi Sampai Ucapan pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-32
- Xi Tiba di Korea Selatan, Hadiri Sidang Kemuncak APEC
- Xi, Trump Bakal Bertemu di Busan
- Xi Jinping akan Hadiri Mesyuarat Tidak Rasmi APEC ke-32 di Korea Selatan
- China Main Peranan Signifikan dalam APEC: Presiden Peru
- China Tuan Rumah Sidang Kemuncak APEC 2026
- Xi Sampai Ucaptama Sempena AELM ke-31
- Xi, Biden Bertemu di Luar AELM
- Xi Seru Sinergi ke Arah Globalisasi Ekonomi Inklusif




