Tetamu di PBB Tertawan Dek Budaya Ginseng China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 31 Oktober 2025

Sebuah acara yang mempamerkan perubatan Cina tradisional (TCM) telah diadakan di Palais des Nations, Geneva, Switzerland, 29 Oktober 2025, yang juga hari Pesta Chongyang atau turut dipanggil Hari Warga Emas China.

Acara itu dianjurkan secara bersama oleh Perwakilan Tetap China ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Geneva, Pentadbiran Perubatan Cina Tradisional Kebangsaan China, Jawatankuasa Parti Komunis China Provinsi Jilin dan kerajaan provinsi Jilin.

Difahamkan, acara tersebut memfokuskan kepada ginseng – yang turut digelar sebagai ‘raja herba’, dari Gunung Changbai di Provinsi Jilin, sekali gus menawarkan sekilas pandangan terhadap falsafah kesejahteraan dan kesihatan di China, serta penggunaannya yang sangat sinonim dalam kalangan warga emas.

Foto tangkap layar sebuah video yang diterbitkan oleh People’s Daily Online ini memaparkan hidangan makanan diinspirasikan inovatif ginseng dari Provinsi Jilin, timur laut China. (People’s Daily Online)

Sebuah video yang dihasilkan People’s Daily Online telah membuaikan penonton ke dalam dunia ginseng dan telah mempamerkan penghormatan terhadap kulinari yang berasaskan herba itu.

Difahamkan, video tersebut menampilkan sebuah kedai makan sejahtera di kaunti Huinan, bandar Tonghua, Provinsi Jilin, yang menyaksikan 116 hidangan dengan gabungan ginseng telah menarik perhatian ramai penduduk tempatan dan melancong yang teruja untuk mencuba rasanya.

Satu klip video tentang budaya ginseng ditayangkan kepada pengunjung di Palais des Nations, Geneva, Switzerland pada 29 Oktober 2025. (Foto oleh People’s Daily Online)

Satu klip video tentang budaya ginseng ditayangkan kepada pengunjung di Palais des Nations, Geneva, Switzerland pada 29 Oktober 2025. (Foto oleh People’s Daily Online)

Menerusi gabungan ginseng dengan teknik masakan tradisional, cef telah mencipta sajian yang menarik dan kaya dengan rasa, sekali gus menzahirkan prinsip TCM tradisional iaitu ‘makanan dan ubat-ubatan mempunyai asal-usul yang sama’.

Produk ginseng dan peralatan tradisional dipamerkan di sebuah acara perubatan Cina di Palais des Nations, Geneva, Switzerland, 29 Oktober 2025. (Foto oleh People’s Daily Online)

Produk ginseng dan peralatan tradisional dipamerkan di sebuah acara perubatan Cina di Palais des Nations, Geneva, Switzerland, 29 Oktober 2025. (Foto oleh People’s Daily Online)

Tetamu yang menghadiri acara itu mendalami tentang memetik ginseng di Gunung Changbai, iaitu warisan budaya tidak ketara peringkat kebangsaan. Mereka juga mencuba produk ginseng seperti pati ginseng dan hirisan ginseng bermadu, sambil turut mempelajari tentang manfaat kesihatannya.

Semasa acara soal dan jawab, kesemua mereka telah mengambil kesempatan untuk bertukar-tukar pandangan dengan pakar TCM, seterus mendapat pandangan mendalam tentang falsafah dan penggunaan praktikal TCM.

Pengunjung berbincang berkenaan produk ginseng di sebuah reruai pameran di Palais des Nations, Geneva, Switzerland pada 29 Oktober 2025. (Foto oleh People’s Daily Online)

Pengunjung berbincang berkenaan produk ginseng di sebuah reruai pameran di Palais des Nations, Geneva, Switzerland pada 29 Oktober 2025. (Foto oleh People’s Daily Online)

Para peserta turut membuat uncang Zhuyu, iaitu simbol kepada tuah dan perlindungan daripada kesakitan, dan urutan berpengalaman serta akupunktur.

Pengunjung mencuba sampel pastri ginseng di Palais des Nations, Geneva, Switzerland 29 Oktober 2025. (Foto oleh People’s Daily Online)

Pengunjung mencuba sampel pastri ginseng di Palais des Nations, Geneva, Switzerland 29 Oktober 2025. (Foto oleh People’s Daily Online)

Seorang pengamal perubatan tradisional menawarkan sesi konsultasi kepada tetamu di Palais des Nations, Geneva, Switzerland, 29 Oktober 2025. (Foto oleh People’s Daily Online)

Seorang pengamal perubatan tradisional menawarkan sesi konsultasi kepada tetamu di Palais des Nations, Geneva, Switzerland, 29 Oktober 2025. (Foto oleh People’s Daily Online)

Video

Berita Berkaitan