- Lain-lain
Presiden China, Fiji Tukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik
Presiden China Xi Jinping dan Presiden Fiji, Ratu Naiqama Lalabalavu saling bertukar ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara pada Rabu.
Xi berkata Fiji merupakan negara pulau Pasifik pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China.
Justeru, beliau amat mementingkan perkembangan hubungan bilateral selain bersedia bersama-sama dengan rakan sejawatnya dari Fiji itu untuk mengambil peluang daripada sambutan ulang tahun berkenaan.
Ini termasuk memperkukuh kesalingpercayaan politik dan memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang bagi menggerakkan hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Fiji ke tahap baharu.
Sementara itu, Lalabalavu menyifatkan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Fiji-China sebagai mercu tanda penting buat kedua-dua negara selain menyatakan keyakinan bahawa perkembangan hubungan antara Fiji dan China akan berkembang dengan lebih mendalam, dinamik dan menawarkan prospek yang lebih luas.
Pada hari yang sama juga, Perdana Menteri China, Li Qiang dan rakan sejawatnya dari Fiji, Sitiveni Rabuka turut bertukar ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
- Hubungan China-Fiji Jadi Teladan Baik - Speaker Parlimen Fiji Jitoko
- Presiden Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Fiji Ratu Naiqama Lalabalavu
- Xi Terima Kunjungan PM Fiji
- China, Fiji Sepakat Lonjakkan Hubungan Dua Hala
- China Sedia Tingkatkan Hubungan dengan Fiji
- Presiden Xi Bertemu dengan Perdana Menteri Fiji




