Jingdezhen Lipat Ganda Usaha, Hidupkan Semula Warisan Budaya Tidak Ketara

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 05 November 2025
Jingdezhen Lipat Ganda Usaha, Hidupkan Semula Warisan Budaya Tidak Ketara
Foto memperlihatkan pemandangan sudut udara daerah Changjiang, bandar Jingdezhen, Provinsi Jiangxi, di timur China. (Foto ihsan Jingdezhen)

Terletak di Provinsi Jiangxi, di timur China, bandar Jingdezhen terkenal sebagai jalan-jalan dan lorong yang bersejarah, tapak tanur purba serta warisan budaya tidak ketaranya yang kaya, telah mengambil pendekatan bersepadu terhadap pembangunan dan perlindungan, seterusnya menghidupkan semula legasi kebudayaan.

Mengimbas kembali pada masa lalu, Xu Hailin yang merupakan penduduk asal di Jalan Qing, iaitu sebahagian daripada Blok Kebudayaan dan Bersejarah Sanlyumiao di daerah kecil Xinfeng, daerah Changjiang di bandar itu adalah barisan rumah-rumah lama dan buruk. Kini, rumah-rumah itu telah diubahsuai sambil wajah aslinya dikekalkan.

Pada penghujung 2024, kerajaan tempatan memulakan sebuah projek untuk mengubahsuai dan menaik taraf Blok Kebudayaan dan Bersejarah Sanlyumiao. Setakat ini, enam bangunan purba yang utama dan 54 bangunan gaya yang sama telah berjaya diubahsuai.

Di studio seramik tempatan, Zhang Chen, seorang wakil warisan teknik menyadur percikan biru, iaitu satu warisan budaya tidak ketara, yang mempamerkan kraf tradisional percikan biru dan hiasan turisan kepada sekumpulan artis luar negara.

Penduduk tempatan dan pelancong bersiar-siar di Blok Kebudayaan dan Bersejarah Sanlyumiao di daerah kecil Xinfeng, daerah Changjiang, bandar Jingdezhen, Provinsi Jiangxi, timur China. (Foto ihsan Wang Xiaoxuan)

Penduduk tempatan dan pelancong bersiar-siar di Blok Kebudayaan dan Bersejarah Sanlyumiao di daerah kecil Xinfeng, daerah Changjiang, bandar Jingdezhen, Provinsi Jiangxi, timur China. (Foto ihsan Wang Xiaoxuan)

Untuk rekod, teknik menyadur percikan biru berasal semasa pemerintahan Maharaja Xuande zaman Dinasti Ming (1368-1644). Pertama kali dibangunkan di Kilang Tanur Empayar Jingdezhen, ia merupakan saduran hitam putih yang dikhaskan untuk kegunaan diraja.

Difahamkan, kraf itu mencapai kematangan penuh semasa Dinasti Qing (1644-1911), dan kebanyakan contoh porselin percikan biru yang masih kekal adalah daripada pada era tersebut.

Diinspirasikan oleh mentornya pada 2016, Zhang mula menggabungkan kekuatan artistiknya dengan teknik purba. Beliau membangunkan formula saduran unik, sekali gus membangunkan saduran percikan biru Dinasti Ming dengan hiasan turisan dari zaman Dinasti Song (960-1279).

“Corak turisan mempunyai kepanasan melebihi 1,300 darjah Celsius untuk 12 jam dan kemudian sejukkan selama 12 jam. Semasa proses tersebut, tanah liat biru muda berubah menjadi biru nilam yang cantik,” ujar beliau.

Zhang Chen sedang menyiapkan kerja porselin hiasan turisan dan disadur oleh percikan biru di sebuah bengkel di Jingdezhen, Provinsi Jiangxi, di timur China. (People’s Daily Online/Kong Wenjin)

Zhang Chen sedang menyiapkan kerja porselin hiasan turisan dan disadur oleh percikan biru di sebuah bengkel di Jingdezhen, Provinsi Jiangxi, di timur China. (People’s Daily Online/Kong Wenjin)

Hari ini, Zhang berkata bahawa hasil seni turisan dan saduran percikan biru secara amnya mempunyai dua kategori. Sebahagian daripadanya adalah untuk pameran, sementara yang lainnya untuk kegunaan harian seperti teko teh, mangkuk bertutup, cawan teh dan kanister teh.

Jingdezhen menempatkan ramai lagi artis seperti Zhang. Menurut pusat perlindungan dan penyelidikan warisan budaya tidak ketara Jingdezhen, bandar itu mempunyai 3,248 pewaris warisan budaya tidak ketara yang diiktiraf secara rasmi. Ia sekali gus menjadi angka terbesar di China dalam bidang ketukangan seramik.

Foto menunjukkan satu hasil seni porselin saduran percikan biru. (Foto ihsan individu yang diwawancara)

Foto menunjukkan satu hasil seni porselin saduran percikan biru. (Foto ihsan individu yang diwawancara)

“Pada tahun-tahun mutakhir ini, kami telah memulihkan 13 tanur wakil daripada pelbagai dinasti,” ujar Zhou Ronglin, pengarah institut penyelidikan tempatan untuk budaya tanur purba.

Pada tahun-tahun mutakhir ini, Jingdezhen telah melipatgandakan usaha untuk menghidupkan semula tanur purbanya. Menelusuri kawasan ekspo rakyat tanur purba, pelawat berpeluang melihat landskap tanur yang dipulihkan semula dari pelbagai dinasti, yang diatur seperti sejarah porselin yang hidup.

Foto pengunjung pada upacara menghidupkan semula tanur purba di Jingdezhen, Provinsi Jiangxi, timur China. (People’s Daily Online/Kong Wenjin)

Video