- Lain-lain
Mi Beras Goreng Kilas Xinjiang Pikat Pasaran Domestik, Mahu Terokai Global
![]() |
| Foto memperlihatkan pemandangan Pesta Mi Beras Xinjiang 2025. (Oleh Urumqi Evening News) |
Pesta Mi Beras Xinjiang 2025 mutakhir ini melabuhkan tirainya di Urumqi di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, di barat laut China. Semasa berlangsungnya acara tersebut, satu jenama mi beras goreng kilas iaitu ‘Huaxiaoxiao’ yang dioperasikan oleh syarikat katering dari Beijing, 4Youngs, telah melancarkan gudang bahagian depannya yang ke-22 di Xinjiang.
Sehingga hari ini, Huaxiaoxiao telah membuka lebih daripada 3,500 kedai rangkaian di serata dunia. Susulan daripada pelancaran gudang baharu tersebut, syarikat itu bercadang untuk membina kedai istimewa global seluas lebih 1,000 meter persegi di Xinjiang dan menubuhkan pusat R&D global seluas 3,000 meter persegi yang dikhususkan untuk hidangan Xinjiang.
Jenama mi beras goreng kilat utama yang lain turut berpusu-pusu untuk mengembangkan rangkaian kebangsaan masing-masing.
Menurut Persatuan Katering Xinjiang, kini, terdapat lebih daripada 10,000 kedai rangkaian mi beras goreng kilas Xinjiang di serata lebih daripada 300 bandar di China. Malah, beberapa jenama terkemuka turut membuka cawang masing-masing di Amerika Syarikat, Kanada dan Kazakhstan.
Mengikut unjuran industri berdasarkan perkiraan jualan setiap kedai yang menjual 150 mangkuk hidangan setiap hari, jumlah jualan tahunan di serata 10,000 cawangan dijangka melangkaui RMB7.5 bilion. Sekiranya digabungkan jualan pasar raya dan dalam talian, saiz pasaran untuk mi beras goreng kilas Xinjiang mungkin telah melepasi lebih RMB8 bilion.
Huaxiaoxiao membuka kedai pertamanya di Beijing dan kini beroperasi di lima lokasi di Xinjiang. Dengan penambahan gudang baharu di Urumqi, syarikat itu merancang untuk mempercepat pelancaran dan pembukaan 200 kedai tambahan di serata Xinjiang menjelang 2026. Ia juga menyasarkan untuk berkembang ke Asia Tengah, dengan Kazakhstan menjadi lokasi pertama.
Satu lagi jenama iaitu ‘Mizige’, turut berkongsi kisah yang agak sama. Ia telah mula beroperasi di Beijing pada 2014 oleh seorang pelajar kolej iaitu Jin Meijiao dan suaminya Li Jianfeng, dengan menjual mi beras goreng kilas Xinjiang di kedai berkeluasan 16 meter persegi.
Pada 2018, pasangan tersebut telah membawa jenama Mizige ke Xinjiang, dan mula berkembang di peringkat kebangsaan. Hari ini, Mizige mempunyai 260 kedai di serata China, dengan 90 peratus daripadanya adalah di Xinjiang.
Daripada kedai makanan segera dan kedai sarapan kepada trak makanan lewat malam, mi beras goreng kilas Xinjiang telah menjadi satu pemandangan yang biasa di serata negara.
Seiring dengan rangkaian mi beras goreng kilas Xinjiang yang berkembang ke serata negara, permintaan untuk sos turut meningkat. Syarikat Xinjiang Xierdan Food tidak menunggu lama untuk memanfaatkan peluang, seterusnya memperbesarkan pengeluaran berskala besar untuk membekalkan sos mi beras kepada kedai di serata negara.
Lebih daripada 20 syarikat rangkaian bekalan dan mi beras di serata China telah menyertai Pesta Mi Beras Xinjiang 2025, yang menyaksikan acara merasa makanan secara percuma telah menarik sejumlah besar individu dari pelbagai tempat, sekali gus menghidupkan suasana.





