- Lain-lain
Laporan G20 Seru Masyarakat Antarabangsa Atasi Ketidaksaksamaan Global
Sebuah jawatankuasa pakar bebas khas di bawah Kumpulan 20 (G20) menyeru masyarakat antarabangsa bersama-sama mengatasi isu ketidaksaksamaan global yang makin serius, serta mencadangkan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas baharu.
Perkara berkenaan dinyatakan jawatankuasa berkenaan menerusi satu laporan yang diterbitkan di Cape Town, ibu kota perundangan Afrika Selatan pada Selasa.
Gesaan berkenaan juga bertujuan menyediakan rujukan untuk kerajaan pelbagai negara dalam menggubal dasar yang bersesuaian.
Presiden Afrika Selatan, Matamela Cyril Ramaphosa yang juga Pengerusi Bergilir G20 semasa sidang media mengenai laporan berkenaan berkata ketidaksamaan telah membelakangi kepentingan rakyat dan merupakan halangan dalam pertumbuhan inklusif serta ancaman terhadap demokrasi.
Justeru, menangani isu ketidaksaksamaan merupakan cabaran yang tidak boleh dielakkan generasi pada masa ini.
Dokumen tersebut merupakan laporan pertama mengenai masalah ketidaksaksamaan global dalam sejarah G20 dan akan dibentangkan untuk perbincangan pada Sidang Kemuncak G20 yang dijangka berlangsung di Johannesburg, Afrika Selatan pada akhir November.
- Perjalanan Xi di Amerika Latin Galakkan Persahabatan, Perpaduan, Kerjasama dan Pembangunan
- Xi Balik di Beijing
- Xi Berangkat Pulang ke Tanah Air dari Brasilia
- Kukuhkan Perkongsian Strategik China-Jerman dari Perspektif Jangka Panjang - Xi
- Presiden Xi Bertemu Presiden Bolivia Arce
- Presiden Xi Bertemu Presiden Argentina Milei
- Xi Bertemu Presiden Perancis
- Xi Bertemu Presiden Mexico
- Xi Bertemu PM Australia
- Xi Seru Sinergi Bina Dunia Adil yang Maju Bersama




