- Lain-lain
Dialog Strategik Menteri Luar China, Uzbekistan Berlangsung di Tashkent

Menteri Luar China Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Uzbekistan, Bakhtiyor Saidov mengadakan dialog strategik edisi kedua di bandar Tashkent pada Jumaat.
Wang menyatakan China sentiasa melihat Uzbekistan sebagai keutamaan dalam diplomasi kejiranannya serta rakan penting dalam landskap diplomasi global.
Beliau turut menghargai pendirian Uzbekistan berpegang kepada prinsip satu China, di samping menyuarakan sokongan terhadap usaha negara itu menempuh jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan sendiri serta pelaksanaan strategi 'Uzbekistan Baharu'.
Sementara itu, Saidov berkata pihaknya bersedia mengukuhkan pertukaran peringkat tinggi dengan China, memperluas perdagangan bilateral, memperkasa kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), sekali gus memajukan pembinaan rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan dan meneroka kerjasama dalam bidang memuncul termasuk pembangunan hijau dan teknologi canggih.

- Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev di Beijing
- Xi Bertemu Presiden Uzbekistan
- Pegawai Kanan PKC Lawat Uzbekistan dan Tajikistan
- Xi Bertemu Presiden Uzbekistan
- China, Uzbekistan Tingkatkan Perkongsian Strategik Komprehensif Sepanjang Masa
- Xi Ucap Tahniah kepada Shavkat Mirziyoyev
- China, Uzbekistan Mantapkan Kolaborasi Segenap Dimensi
- Tahniah China kepada Uzbekistan Lancar Laksana Pungutan Suara terhadap Perlembagaan
- China, Uzbekistan Sepakat Perluas Kerjasama, Perkukuh Persahabatan




