- Lain-lain
Tunjuk Perasaan Diadakan Tanpa Berhenti di Jepun, Bantah Kenyataan PM mengenai Taiwan
Pada beberapa hari lalu, aktiviti tunjuk perasaan diadakan tanpa berhenti di merata tempat Jepun untuk membantah kenyataan Perdana Menteri, Sanae Takaichi tentang soal Taiwan, misalnya tunjuk perasaan yang diadakan sebagai tindakan spontan di jalanan Shinjuku, Tokyo pada Sabtu. Para peserta kelihatan memegang papan tanda, melaungkan slogan, dan menuntut Sanae menarik balik kenyataan yang dianggap salah.
Salah seorang penunjuk perasaan memberitahu wartawan bahawa mereka tidak boleh memaafkan ucapan Sanae yang disampaikannya sebagai Perdana Menteri Jepun di Parlimen dan turut diiktiraf sebagai pendapat rasmi. Ini bukan sahaja masalah peribadi Sanae, malah pengisytiharan kerajaan Jepun sekali lagi mahu melancarkan perang pencerobohan terhadap China bahkan Asia.
Ada peserta yang menyatakan bahawa Sanae ingin menukar arah perkembangan Jepun pada zaman pascaperang, membawa Jepun kembali ke kancah imperialisme yang diidamkannya sebelum Perang Dunia Kedua, dan melakukan gerak kerja sedemikian dalam bidang politik ketika menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.
"Saya mengetahui perang pencerobohan Jepun terhadap China dan Asia serta sejarah penjajahannya. Skrip yang sama tidak boleh diulangi lagi," katanya.
- China Beri Amaran kepada Jepun, Jangan Campur Tangan Soal Taiwan
- Tokoh-Tokoh Politik Jepun Kritik Kenyataan Sanae Takaichi
- Hanya Ada Satu China di Dunia
- Tinjauan CGTN: Teliti Semula Jenayah Sejarah Jepun Adalah Hak Diberikan Keadilan
- China Kecam Rancangan Jepun Hantar Senjata Serangan ke Kepulauan Berhampiran Taiwan
- Jepun Digesa Pegang Prinsip Satu China, Dokumen Politik: MFA
- Cubaan Hidupkan Semula Militarisme Mesti Dihalang: MFA
- Jepun Tidak Layak Jadi Anggota Tetap UNSC - Duta China
- China Gesa Jepun Tarik Balik Kenyataan Berhubung Taiwan
- China Bantah Keras Tindakan AS Jual Senjata kepada Taiwan




