Lawatan Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu di Barat China 2025 Dirasmikan di Guangxi

(CRI)Isnin 01 Disember 2025

Lawatan "Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu di Barat China 2025" dilancarkan di bandar Nanning, wilayah Guangxi pada Isnin.

Bertemakan "Menghubungkan Dunia Melalui Koridor Darat-Laut, Memulakan Perjalanan Baharu Didorong AI", acara lawatan ini memperlihatkan kerjasama serantau dan kemajuan teknologi dalam inisiatif pembangunan antarabangsa di China.

Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu ini mencerminkan komitmen China terhadap keterbukaan tahap tinggi, pembangunan berkualiti tinggi Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta pembangunan terselaras antara pelbagai wilayah.

Sepanjang acara tersebut, delegasi media akan dibawa melawat ke beberapa lokasi penting seperti Pusat Operasi Digital Pelabuhan Teluk Beibu, Dewan Pameran Koridor Darat-Laut Barat, Dewan Pameran Buah Durian Malaysia, Pusat Kerjasama Aplikasi Kecerdasan Buatan China-ASEAN, serta Stesen Kereta Api Antarabangsa Nanning.

Video

Berita Berkaitan