Persidangan 'Understanding China' 2025 Berlangsung di Guangzhou

(CRI)Selasa 02 Disember 2025

Persidangan 'Understanding China' 2025 berlangsung di bandar Guangzhou, provinsi Guangdong bermula 30 November hingga 2 Disember.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC, Li Shulei menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian.

Persidangan itu menghimpunkan lebih 800 peserta termasuk ahli politik, sarjana, usahawan dan wakil organisasi antarabangsa dengan memberi tumpuan kepada Cadangan Jawatankuasa Pusat PKC mengenai Penyusunan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 (2026-2030) bagi Pembangunan Ekonomi dan Sosial.

Antara topik perbincangan utama ialah landskap baharu pembangunan inovatif dalam modenisasi ala China serta peluang baharu ditawarkan kepada dunia, pelaksanaan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) dan lain-lain.

Video

Berita Berkaitan