- Lain-lain
Pusat Shanghai IMF Mula Beroperasi

Pusat Shanghai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) beroperasi secara rasmi di sini pada Isnin. Ini merupakan satu pusat IMF yang baru ditubuhkan untuk urusniaganya di rantau Asia Pasifik, dengan tujuannya mempertingkat pertukaran dan kerjasama dengan entiti ekonomi di rantau terbabit.
Pusat Shanghai IMF dijangka akan menumpukan kepada penyelidikan mengenai bidang-bidang yang menjadi tumpuan ekonomi baharu dan negara-negara yang berpendapatan sederhana, sokongan pembinaan keupayaan yang bersasar kepada pelbagai entiti ekonomi di rantau ini, dan pemeliharaan kestabilan kewangan serantau.
Gabenor Bank Rakyat China (PBC), Pan Gongsheng menyatakan bahawa pengoperasian Pusat Shanghai IMF tersebut penuh mencerminkan pendirian teguh China dan IMF yang mengesyorkan kerjasama dan menang semua. Serentak itu, ia amat bererti bagi mengeratkan kerjasama antara China dengan IMF, menggalakkan pertukaran dan penyelarasan antara negara di rantau Asia Pasifik berhubung dasar ekonomi makro, memelihara kestabilan kewangan serantau, dan menyumbang kepada tadbir urus kewangan di peringkat global.
Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva menyatakan bahawa Pusat IMF di Shanghai ini akan berperanan sebagai satu hab penting dalam mendorong penyelidikan terhadap dasar berkenaan di ekonomi baharu dan negara-negara yang berpendapatan sederhana, di samping memperbanyak dialog dan pertukaran antara IMF dengan negara anggota, agensi serantau dan pihak-pihak berkepentingan.




