- Lain-lain
Xi Utus Tahniah Forum Tahun Keamanan dan Kepercayaan di Turkmenistan
(CRI)Sabtu 13 Disember 2025

Presiden China Xi Jinping mengutus surat tahniah sempena berlangsungnya Forum Tahun Keamanan dan Kepercayaan Antarabangsa di Ashgabat, Turkmenistan pada Jumaat.
Xi berkata tahun ini menandakan Tahun Keamanan dan Kepercayaan Antarabangsa yang disyorkan oleh Turkmenistan dan ditetapkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).
Beliau menyatakan bahawa tatkala cabaran global semakin meningkat serta konflik dan konfrontasi terus-menerus timbul, dunia kini lebih memerlukan keamanan dan kepercayaan berbanding bila-bila masa dahulu.
Xi turut menyuarakan kesediaan China bekerjasama dengan semua negara untuk memelihara keamanan dunia, memacu pembangunan bersama dan menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang




