China Bentang Kertas Putih Kawalan Senjata di Geneva, Tegaskan Komitmen Keamanan Global

(CRI)Khamis 18 Disember 2025

Misi tetap China ke Geneva mengadakan sesi taklimat mengenai kertas putih bertajuk "Kawalan Senjata, Pelucutan Senjata dan Pencegahan Penyebaran Senjata China Era Baharu" di Palais des Nations di Geneva pada Rabu.

Duta China bagi Hal Ehwal Pelucutan Senjata, Shen Jian hadir bagi memperkenalkan kandungan utama dan kepentingan kertas putih tersebut.

Menurut Shen, kertas putih ini secara sistematik menghuraikan pandangan dan pendirian China terhadap keselamatan antarabangsa dan situasi kawalan senjata pada era baharu.

Mengulas lanjut, beliau berkata dokumen ini buat pertama kalinya mengemukakan konsep kawalan senjata era baharu yang berteraskan keadilan, kerjasama, keseimbangan dan keberkesanan.

Ia juga memperincikan secara komprehensif usaha positif, langkah-langkah pragmatik dan pencapaian ketara China dalam penyertaan proses kawalan senjata antarabangsa, yang mencerminkan tanggungjawab dan komitmen China sebagai sebuah negara besar dalam memimpin tadbir urus keselamatan global, melindungi keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan