- Lain-lain
Beijing-Tianjin-Hebei Bersinergi Bina Hab Inovasi Teknologi

Zhongguancun antara kawasan yang menghimpunkan banyak syarikat berteknologi tinggi di Beijing.
Walaupun keluasannya kurang daripada empat peratus bandar Beijing, namun Zhongguancun telah menyumbang kira-kira sepertiga Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk bandar raya itu.
Zhongguancun telah menghasilkan lebih 200 buah model besar buatan China, iaitu hampir 30 peratus daripada jumlah keseluruhan di seluruh negara.
Jumlah pendapatan diperoleh syarikat-syarikat yang bertapak di Zhongguancun dijangka buat julung kalinya mencecah 10 trilion yuan (RM5.78 trilion) pada tahun ini.

Kini, Beijing mempunyai tiga kluster industri bernilai lebih satu trilion yuan (RM578 bilion) yang melibatkan teknologi maklumat generasi baharu, perkhidmatan teknologi serta sektor perubatan dan kesihatan.
Selain itu, terdapat tujuh kluster industri pembuatan canggih peringkat negara di bandar Beijing, Tianjin dan provinsi Hebei dengan lima daripadanya dibangunkan melalui usaha bersama ketiga-tiga tempat.
Sinergi berkenaan menyaksikan kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilakukan di Beijing dan hasil berkenaan diaplikasi oleh bandar Tianjin dan provinsi Hebei.




