Jumlah Pelancong Asing Mohon Rebat Cukai Berlepas di Shanghai Meningkat 156.3 Peratus

(CRI)Khamis 25 Disember 2025

Jumlah pelancong asing yang memohon rebat cukai berlepas di Shanghai bagi tempoh Januari hingga November tahun ini meningkat 156.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut Jabatan Percukaian Shanghai pada Rabu.

Menurut kenyataan sama, jumlah jualan barangan yang layak bagi cukai berlepas dan nilai rebat masing-masing meningkat kira-kira 80 peratus.

Berikutan pelaksanaan dasar bebas visa dan musim puncak pelancongan sempena musim luruh dan musim sejuk, pelbagai pusat beli belah mewah di Shanghai telah menarik kunjungan ramai pelancong asing.

Untuk rekod, sehingga akhir November lalu, lebih 1,000 kedai telah membuka perkhidmatan pulangan cukai kepada pelancong asing di Shanghai.

Video

Berita Berkaitan