Xi Jinping Ucap Tahniah kepada Forum Perniagaan Sumber Tenaga China-Rusia

(CRI)Selasa 25 November 2025

Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Forum Perniagaan Sumber Tenaga China-Rusia ke-7 yang diadakan di Beijing pada Selasa.

Dalam perutusan tahniahnya, Xi berkata kerjasama China dan Rusia dalam bidang sumber tenaga bermula awal dan mempunyai dasar yang baik, melaksanakan kerjasama saling menguntungkan dan memainkan peranan positif dalam menggalakkan pembangunan sosioekonomi, sekaligus mempertingkat kesejahteraan rakyat di kedua-dua negara.

Xi menekankan bahawa China bersedia berusaha bersama Rusia untuk terus memperkukuh hubungan kerjasama sumber tenaga komprehensif, bersama-sama melindungi kestabilan dan kelancaran rantaian industri dan rantaian bekalan sumber tenaga sejagat.

Selain itu mendorong pembinaan sistem tadbir urus sumber tenaga sejagat yang lebih rasional, adil, seimbang dan saling menguntungkan sekali gus menyuntik lebih banyak kestabilan kepada keselamatan, transfomasi hijau dan karbon rendah sumber tenaga dunia.

Pada hari yang sama, Presiden Rusia, Vladimir Putin juga mengutus surat tahniah kepada forum tersebut.

Video

Berita Berkaitan