- Lain-lain
PM Li Bertemu Putin di Moscow

China terus komited untuk memperkasa kerjasama yang saling menguntungkan dengan Rusia.
Demikian dinyatakan Perdana Menteri China Li Qiang ketika bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin di Moscow pada Selasa.
Dalam pertemuan tersebut, Li memaklumkan bahawa di bawah bimbingan strategik pemimpin kedua-dua negara, perkongsian koordinasi strategik komprehensif China-Rusia pada era baharu berada pada tahap tinggi.
Beliau turut menyatakan kesediaan China bekerjasama dengan Rusia untuk memperkukuh ikatan persahabatan dan memperkasa kerjasama dalam pelbagai bidang sehingga memacu pembangunan kedua-dua negara.
Mengulas lanjut, Li berkata China dan Rusia perlu terus bersinergi melaksanakan hasil yang dicapai menerusi Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Tianjin, sekali gus memangkin pembangunan berkualiti tinggi SCO.
Sementara itu, Putin menyatakan kesediaannya untuk memperkukuh pertukaran peringkat tinggi dengan China, memperluas kerjasama saling untung dan menggalakkan pembangunan bersama.
- Pertemuan PM China-Rusia di Moscow bagi Perkukuh Kerjasama
- Xi Temui Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin
- Mesyuarat Tetap Ke-30 PM China-Rusia di Hangzhou
- China, Rusia Sedia Perkukuh Kerjasama
- Kao Kim Hourn Beri Penekanan Terhadap Kerjasama SCO-ASEAN
- Xi Pengerusikan Mesyuarat Pemimpin China-Rusia-Mongolia ke-7 di Beijing
- Lapan Pencapaian Utama Sidang Kemuncak SCO Tianjin
- Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin
- Xi Ketengahkan 5 Cadangan tentang Tadbir Urus Global
- Peranan SCO Penting dalam Wujudkan Dunia Multipolar: Guterres




