Terokai Kawasan Baru Xiong’an: Kota Masa Depan Dipacu Teknologi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 31 Disember 2025

Terletak di provinsi Hebei, utara China, Kawasan Baru Xiong’an maju dengan pantas berkat penggunaan teknologi yang mencorak semula wajah sebuah kota moden.

Foto menunjukkan Pusat Pengkomputeran Bandar Xiong’an di Kawasan Baru Xiong’an, provinsi Hebei, utara China. (Foto ihsan biro publisiti dan hal ehwal ruang siber Kawasan Baru Xiong’an)

Foto menunjukkan Pusat Pengkomputeran Bandar Xiong’an di Kawasan Baru Xiong’an, provinsi Hebei, utara China. (Foto ihsan biro publisiti dan hal ehwal ruang siber Kawasan Baru Xiong’an)

Di Pusat Pengkomputeran Bandar Xiong’an, aliran data secara efisiennya menyediakan sokongan pengkomputeran untuk operasi bandar, menjadikan pusat tersebut hab neural kota pintar ini. Xiong’an merupakan tempat pertama di China yang memperkenalkan konsep “bandar kembar digital”, yang memasangkan setiap bangunan, jalan dan talian paip di dunia nyata dengan “kembar” digital di platform rangkaian. Ekosistem digital ini mengintegrasikan tadbir urus berlandaskan data, kehidupan pintar, dan industri-industri digital, sekali gus memansuhkan konsep silo data tradisional.

Seorang kakitangan bertugas di depan sebuah platform digital di Pusat Pengkomputeran Bandar Xiong’an di Kawasan Baru Xiong’an, provinsi Hebei, utara China. (People's Daily Online/Yuan Meng)

Seorang kakitangan bertugas di depan sebuah platform digital di Pusat Pengkomputeran Bandar Xiong’an di Kawasan Baru Xiong’an, provinsi Hebei, utara China. (People's Daily Online/Yuan Meng)

Dengan panduan pusat tersebut, sistem pengangkutan tempatan sedang menjalani transformasi. Rangkaian jalan digital sedang diintegrasikan secara mendalam dengan kenderaan pintar, mencipta ekosistem mobiliti terselaras yang membolehkan “jalan pintar” dan kereta pintar” beroperasi seiringan.

Seorang penduduk menaiki kenderaan swapandu yang ditempah melalui platform e-panggilan di Kawasan Baru Xiong’an, provinsi Hebei, utara China. (People's Daily Online/Yuan Meng)

Seorang penduduk menaiki kenderaan swapandu yang ditempah melalui platform e-panggilan di Kawasan Baru Xiong’an, provinsi Hebei, utara China. (People's Daily Online/Yuan Meng)

Di sebuah terowong, juruteknik penyelenggara kabel bekerja bersama robot pemeriksa pintar kuadruped. Dilengkapi dengan alat penderia, robot-robot berkenaan dapat bergerak melalui persekitaran bahaya dengan selamat, justeru mengambil alih tugas-tugas berisiko.

Di sebuah kedai kopi di Xiong’an, barista robot 5G dengan mahirnya membancuh kopi dalam masa beberapa minit. Ia telah diuji secara ekstensif untuk mencapai tahap kecekapan seorang barista mahir.

Sebuah robot pemeriksa kuadruped bertugas di terowong yang menyambungkan substesen di Xiongdong dengan Substesen Zanxi, Kawasan Baru Xiong’an, provinsi Hebei, utara China. (People's Daily Online/Su Yingxiang)

Di Taman Yuerong pula, robot pemandu dan pengangkutan pintar sedia memperkenalkan tarikan-tarikan utama taman tersebut. Ia menggunakan modul navigasi satelit BeiDou yang menjanjikan penentududukan dengan ketepatan tinggi dalam masa nyata, membantu pelawat merancang perjalanan.

Barista robot 5G membancuh kopi di kedai kopi Pusat Pengalaman Inovasi Sains dan Teknologi China Mobile di Kawasan Baru Xiong’an, provinsi Hebei, utara China. (People's Daily Online/Su Yingxiang)

Barista robot 5G membancuh kopi di kedai kopi Pusat Pengalaman Inovasi Sains dan Teknologi China Mobile di Kawasan Baru Xiong’an, provinsi Hebei, utara China. (People's Daily Online/Su Yingxiang)

Dalam sebuah komuniti pintar, sistem pintar yang meliputi seluruh rumah membolehkan penduduk menyesuaikan terang dan gelap, aliran udara, serta hiburan dengan mudah.

Di sebalik semuanya, terdapat sistem multimeter berasaskan awan yang memantau air, elektrik, gas dan pemanasan dalam masa nyata, menyalurkan data ke dalam platform tenaga pintar bersepadu yang menjadikan operasi bandar cekap dan selamat.

Seorang pelancong bersiar-siar menggunakan robot pemandu dan pengangkutan pintar di Taman Yuerong, Kawasan Baru Xiong’an, provinsi Hebei, utara China. (People's Daily Online/ Yuan Meng)

Seorang pelancong bersiar-siar menggunakan robot pemandu dan pengangkutan pintar di Taman Yuerong, Kawasan Baru Xiong’an, provinsi Hebei, utara China. (People's Daily Online/ Yuan Meng)

Daripada “otak” yang mengatur tadbir urus bandar, “kaki dan tangan” yang melicinkan mobiliti harian, hinggalah “deria” yang menyelesakan kehidupan di rumah, teknologi mengalir di Xiong’an ibarat sungai yang tenang, menghembus nafas dan kehangatan tersendiri ke kota baharu ini. Di Kawasan Baru Xiong’an, masa akan datang sudah di depan mata.

Video

Berita Berkaitan