Rel China-Laos Saksi Lonjakan Aliran Pengembara Asing pada 2025

(CRI)Khamis 01 Januari 2026

Perkhidmatan kereta api China-Laos merekodkan lebih 290,000 perjalanan rentas sempadan melibatkan penumpang dari 110 buah negara dan wilayah sepanjang tahun 2025.

Dalam pada itu, jumlah pengembara asing yang keluar masuk melalui pintu sempadan Mohan di provinsi Yunnan mencatat lebih 50,000 orang, menokok lebih 34 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Antaranya pengembara asing yang menikmati kemasukan tanpa visa ke China melebihi 13,400 orang, bertambah lebih 48 peratus dari tahun ke tahun.

Rel China-Laos kini menjadi pilihan semakin ramai penumpang untuk menjalankan aktiviti pelancongan, perniagaan serta melawat keluarga dan sahabat handai.

Rel itu memperkenalkan perkhidmatan penumpang rentas sempadan antara kedua-dua negara bermula 13 April 2023.

Hantaran penumpang rentas sempadan menerusi rel berkenaan kini melebihi 800 orang secara purata setiap hari, berbanding hanya 300 orang pada mulanya.

Pada masa ini, perkhidmatan kereta api itu dinikmati oleh pengembara dari lebih 120 buah negara dan wilayah, berbanding hanya 20 ketika mula dibuka.

Video

Berita Berkaitan