- Lain-lain
Aliran Penumpang dan Kargo Rel China-Laos Cecah Rekod
Peranan rel China-Laos sebagai 'saluran emas' semakin terserlah apabila perkhidmatan pengangkutan penumpang dan kargo yang dikendalikan menerusi rel berkenaan terus membaharui rekod pada separuh pertama tahun ini.
Menurut statistik stesen pemeriksaan pintu sempadan Mohan di provinsi Yunnan, stesen kereta api sempadan Mohan mencatat sebanyak 145,000 perjalanan pengembara dari 91 negara dan wilayah pada separuh pertama 2025, meningkat 16 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Antaranya pengembara dari Laos, Thailand dan Malaysia merupakan yang paling banyak melakukan perjalanan melalui pintu sempadan di stesen kereta api Mohan, iaitu hab utama rel China-Laos.
Dari segi hantaran kargo, tren 'Ekspres Lancang-Mekong' yang beroperasi antara Kunming dan Vientiane dikendalikan secara lebih efisien dengan masa pengangkutan kini dipendekkan kepada 26 jam.
Sementara itu, hantaran kargo menerusi perkhidmatan logistik rangkaian sejuk China-Laos-Thailand hanya memerlukan 40 jam.
Pada separuh pertama tahun ini, import dan eksport barangan melalui rel China-Laos mencatat peningkatan 9 peratus dengan jumlahnya melebihi 3.3 juta tan.
Barangan kargo yang dikendalikan melalui perkhidmatan rel itu semakin bertambah, menyaksikan kategorinya meningkat kepada lebih 3,000 jenis merangkumi elektronik, fotovolta, komunikasi dan automobil, berbanding hanya 10 jenis pada awal pembukaan.
- Rel China-Laos Rangsang Pertumbuhan Eksport Tani Laos
- Hantaran Penumpang Rel China-Laos Lepasi 50 Juta
- Jumlah Kargo Melalui Landasan Kereta Api China-Laos Cecah Lebih 50 Juta Tan
- Rel Kereta Api China-Laos Catat Kejayaan Baharu, Angkut 50 Juta Tan Barangan Sejak 2021
- Kereta Api China-Laos Terus Pamer Daya Hidup Pada Tahun Ketiga
- Sayur Yunnan Disajikan ke Meja Makan ASEAN Berkat Rel China-Laos
- Operasi Rel China-Laos Mantap
- Rel China-Laos Kendali 60,000 Perjalanan
- Tren China-Laos Capai Prestasi Baik pada Tiga Suku Pertama
- China Lancar Kereta Api Barang Beijing-Asia Tenggara