China Rekod 142 Juta Perjalanan Domestik Sempena Cuti Tahun Baharu 2026

(CRI)Isnin 05 Januari 2026

China merekodkan 142 juta perjalanan domestik di seluruh negara sempena Cuti Tahun Baharu 2026 selama tiga hari bermula 1 Januari, menurut Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan China pada Ahad.

Sementara itu jumlah perbelanjaan pelancongan domestik mencecah RMB84.8 bilion (RM49.4 bilion) direkodkan sepanjang tempoh tersebut.

Data dari platform Fliggy menunjukkan, kesediaan pengguna untuk melancong dan kuasa beli juga meningkat, dengan jumlah pembelian barangan per kapita meningkat lebih 20 peratus berbanding tahun lalu, manakala jumlah perbelanjaan per kapita meningkat lebih 30 peratus.

Pada masa sama, musim sejuk turut menyaksikan penawaran produk pelancongan yang pelbagai, termasuk pakej pelancongan ais dan salji, sambutan ambang tahun baharu dan lain-lain.

Manakala destinasi pelancongan dan kebudayaan berstatus kebangsaan mencatat aliran pengunjung pada waktu malam berjumlah 42.72 juta orang.

Video

Berita Berkaitan