Penumpang Penerbangan China Cecah 770 Juta Pada Tahun 2025

(CRI)Selasa 06 Januari 2026

Industri penerbangan awam China mencatat pertumbuhan memberangsangkan pada tahun 2025 dengan jumlah perolehan pengangkutan mencapai 164.08 bilion tan-kilometer, menurut data yang dikeluarkan Jabatan Penerbangan Awam China (CAAC) pada Selasa.

CAAC juga memaklumkan bahawa jumlah trafik penumpang mencecah 770 juta orang, meningkat 5.5 peratus tahun ke tahun, manakala trafik kargo dan pos mencapai 10.17 juta tan iaitu peningkatan 13.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhannya jumlan perolehan pengangkutan menyaksikan peningkatan sebanyak 10.5 peratus.

Bagi penerbangan antarabangsa, tahap pemulihan melepasi 90 peratus berbanding tahun 2019, dengan trafik penumpang antarabangsa mencatat pertumbuhan 21.6 peratus tahun ke tahun.

CAAC memaklumkan perolehan penumpang penerbangan awam kini menyumbang 39 peratus daripada keseluruhan sistem pengangkutan negara.

Manakala jumlah penduduk yang melakukan perjalanan udara pula melebihi 500 juta orang, sekaligus meletakkan China sebagai negara dengan populasi menggunakan perjalanan udara terbesar di dunia.

Video

Berita Berkaitan