Peruntukan Kewangan China untuk Infrastruktur Tali Air 2025 Cecah RMB1.28 Trilion

(CRI)Jumaat 09 Januari 2026

Satu sidang akhbar anjuran Pejabat Penerangan Dewan Negara China pagi tadi mendedahkan bahawa China telah memulakan pelaksanaan 27 projek mega dalam bidang infrastruktur tali air pada 2025, menyelesaikan 9,420 projek bekalan air di kawasan luar bandar, meningkatkan tahap jaminan bekalan air untuk 134 juta penduduk luar bandar, dan menjadikan 96 peratus kawasan luar bandar di seluruh negara dapat diakses dalam perkhidmatan air paip.

Di samping itu, sepanjang tahun yang lalu, sektor tali air China telah memperuntukkan pelaburan sebanyak RMB1.28 trilion (RM745 bilion) dalam bidang pembinaan infrastruktur, sekali gus menawarkan pekerjaan bagi 3.15 juta orang, yang dilihat sebagai satu sumbangan besar dalam menstabilkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan di peringkat kebangsaan.

Video

Berita Berkaitan