- Lain-lain
Muzium di Beijing Lancar Produk Budaya Kreatif Bertemakan Kuda
Kini sebulan sebelum Tahun Kuda menjelang tiba, muzium-muzium di merata ibu negara China, Beijing, masing-masing melancarkan produk budaya kreatif bertemakan kuda, iaitu salah satu zodiak yang paling popular dalam budaya Cina.

Foto menunjukkan loket yang diinspirasikan oleh kuda tembikar licau tiga warna, dilancarkan oleh Muzium Terusan Besar Beijing. (Foto/Beijing Daily)
Muzium Terusan Besar Beijng telah melancarkan hampir 100 produk budaya kreatif bertemakan Tahun Kuda, daripada magnet peti sejuk dan patung permainan hinggalah barang kemas dan perkakasan rumah – menjadikan sejarah sesuatu yang ketara, boleh dipakai dan boleh dikumpul.

Foto menunjukkan magnet peti sejuk berbentuk kuda yang dilancarkan oleh pejabat pengurusan Kuil Baita di Beijing. (Foto/Beijing Daily)
Pejabat pengurusan Kuil Baita telah memperkenalkan magnet peti sejuk yang menggabungkan motif kuda lari menderap dengan elemen-elemen ikonik kuil tersebut.
Mengambil langkah sama, Muzium Filem Nasional China melancarkan magnet peti sejuk berupa kuda perang yang diinspirasikan oleh sebuah filem, menyerlahkan pesona seni sinematik China yang tak makan dek zaman.

Foto menunjukkan hiasan kain plush yang dilancarkan oleh pejabat pengurusan Kuil Baita di Beijing. (Foto/Beijing Daily)

Foto menunjukkan sebuah uncang yang dilancarkan oleh Memorial Lao She di Beijing. (Foto/Beijing Daily)
Memorial Lao She di Beijing telah memperkenalkan sebuah uncang berupa seekor kuda yang membawa buah pisang kaki di belakang, melambangkan ketibaan tuah.

Foto menunjukkan hiasan kain plush yang dilancarkan oleh Muzium Sejarah Semula Jadi China di Beijing. (Foto/Beijing Daily)
Muzium Sejarah Semula Jadi China di Beijing pula telah memperkenalkan hiasan kain plush berinspirasikan spesimen-spesimen kuda yang terkumpul oleh muzium tersebut.




