- Lain-lain
China Sedia Mantapkan Hubungan dengan Kanada - Menteri Luar Wang Yi

Menteri Luar China Wang Yi menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Kanada, Anita Anand di Beijing pada Khamis.
Dalam pertemuan tersebut Wang berkata, lawatan Perdana Menteri Mark Carney ke China merupakan lawatan pertama Perdana Menteri negara itu ke China dalam tempoh lapan tahun, dan ia amat signifikan bagi hubungan kedua-dua negara.
Katanya kedua-dua pihak perlu menangani isu melalui kaedah yang saling menghormati, memberi tumpuan kepada kerjasama, selain bersama-sama membina hubungan perkongsian strategik model baharu.

Sementara itu Anand berkata kerajaan baharu Kanada memberikan perhatian tinggi terhadap hubungan dengan China.
Beliau turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri Mark Carney berharap dapat berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat dengan pemimpin China melalui lawatan kali ini, menggariskan hala tuju perkembangan hubungan kedua-dua negara, memulihkan semula dialog dalam pelbagai bidang, dan mendorong hubungan perkongsian strategik kedua-dua negara maju ke depan.




