- Lain-lain
Perkasakan Pembinaan Perkongsian Strategik Baharu China, Kanada : Xi

China dan Kanada perlu memperkasakan pembinaan perkongsian strategik baharu demi manfaat rakyat di kedua-dua negara.
Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika menerima kunjungan Perdana Menteri Kanada Mark Carney di Dewan Besar Rakyat Beijing pada pagi Jumaat.
Xi berkata hubungan China dan Kanada berkembang dengan sihat dan mantap, sesuai dengan kepentingan bersama kedua-dua negara, selain memberi manfaat kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran dunia.
Beliau turut menzahirkan harapan agar China dan Kanada dapat menjadi rakan yang saling menghormati, mempercayai, berkolaborasi serta dapat membangun bersama.

Sementara itu, Carney menyatakan bahawa pihaknya bersedia membina perkongsian strategik baharu yang kukuh dan lestari dengan China demi kebaikan rakyat kedua-dua negara.
Beliau menegaskan Kanada mengekalkan dasar satu China dan bersedia bergerak sehaluan dengan China.
Ujar Carney lagi, dalam mendepani situasi dunia yang tidak menentu, pihaknya ingin merapatkan penyelarasan dengan China untuk mempertahankan multilateralisme dan memelihara kewibawaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selain memelihara keamanan dan kestabilan dunia.
Kenyataan Bersama Rundingan Pemimpin China-Kanada turut dikeluarkan pada pertemuan tersebut.




