Xi Terima Watikah Pelantikan 18 Duta Besar Asing

(CRI)Jumaat 16 Januari 2026

Presiden China, Xi Jinping menerima watikah pelantikan dari 18 duta besar baharu ke China, dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi Jumaat.

Xi mengalu-alukan kehadiran para duta besar ke China, dan menyatakan harapan agar mereka dapat mengadakan kunjungan ke seluruh negara China bagi memahami negara ini secara menyeluruh dan mendalam, serta memainkan peranan positif dalam mempererat hubungan persahabatan dan memperluas pertukaran antara China dan negara-negara berkaitan.

Video

Berita Berkaitan