China Tegas Menentang Segala Bentuk Keganasan: MFA

(CRI)Rabu 21 Januari 2026

China tegas mengutuk dan menentang sebarang bentuk keganasan, serta menyokong Afghanistan dan negara-negara serantau dalam membanteras segala kegiatan keganasan.

Perkara itu ditegaskan jurucakap Kementerian Luar (MFA) Guo Jiakun dalam sidang media pada Selasa sebagai respons terhadap kejadian letupan yang berlaku di luar sebuah restoran masakan Cina di Kabul pada Isnin.

Kejadian itu dilaporkan mengakibatkan seorang warga China terkorban manakala lima lagi cedera.

Guo berkata China telah menuntut Afghanistan untuk memberikan rawatan terbaik kepada mangsa yang cedera, mengambil langkah berkesan bagi melindungi keselamatan warga, projek dan institusi China di negara itu, serta menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut.

Video

Berita Berkaitan