Kemajuan Xinjiang dan Xizang Tak Boleh Dinafi - MFA

(CRI)Sabtu 24 Januari 2026

Kerajaan China sentiasa komited untuk memperkasakan dan melindungi hak asasi manusia. Pembangunan dan kemajuan yang dicapai wilayah Xinjiang dan Xizang dapat dilihat oleh semua dan tidak boleh dinafikan.

Perkara itu dinyatakan jurucakap Kementerian Luar (MFA) Guo Jiakun dalam sidang media pada Jumaat, sebagai respons terhadap fitnah menyasar China yang dikeluarkan beberapa pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Guo berkata 'kebimbangan' yang disuarakan pakar terbabit adalah semata-mata rekaan dan tidak berasas sama sekali.

Beliau menggesa agar pakar berkenaan menghormati fakta asas, mematuhi kod tatalaku pemegang mandat Prosedur Khas Majlis Hak Asasi Manusia, menjalankan tugas secara adil dan objektif, dan mengelak daripada dipergunakan sebagai alat atau pembantu kuasa anti-China.

Video

Berita Berkaitan