Sukan Ski Disenaraikan Mata Pelajaran Wajib di Sekolah Rendah dan Menengah Altay

(CRI)Khamis 08 Januari 2026

Bermula minggu ini, kelas ski untuk pelajar sekolah rendah dan menengah secara rasmi diadakan di sebuah padang ski di kota Altay, wilayah Xinjiang.

Para pelajar keluar dari kampus sekolah untuk menjalani kelas pendidikan jasmani yang istimewa tersebut.

Kelas ski mula ditawarkan di sekolah rendah dan menengah di Altay sejak tahun 2018, dengan melibatkan 50,000 pelajar dalam lapan tahun lalu.

Pada tahun 2026, sukan ski secara rasmi disenaraikan sebagai mata pelajaran wajib dalam pendidikan jasmani tempatan. Dijangka seramai 3,761 pelajar akan mengikuti kelas sukan ski pada musim sejuk ini.

Video

Berita Berkaitan