Pelabuhan Alashankou Kendali Lebih 7,000 Larian Tren China-Eropah

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 28 November 2025

Para pekerja memunggah barangan eksport dari sebuah trak di Taman Perindustrian E-Dagang Rentas Sempadan Alashankou, wilayah autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China, 11 September 2025. (Xinhua/Zhang Haobo)

Para pekerja memunggah barangan eksport dari sebuah trak di Taman Perindustrian E-Dagang Rentas Sempadan Alashankou, wilayah autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China, 11 September 2025. (Xinhua/Zhang Haobo)

Sebuah tren pengangkut barang, bermuatan barangan keperluan harian, alat ganti kenderaan dan lain-lain, berlepas dari Pelabuhan Alashankou di wilayah Xinjiang pada Rabu menuju ke Malaszewicze, Poland.

Dengan ini, jumlah larian kereta api pengangkut barang China-Eropah yang dikendalikan oleh Pelabuhan Alashankou, juga dikenali sebagai Genting Alataw, telah melebihi 7,000 pada 2025, menurut pihak pengurusan.

Tahun ini, kastam pelabuhan tersebut telah memudahkan prosedur pelepasan agar kargo keluar dan masuk dapat diuruskan dengan lebih pantas. Tambahan pula, semakin banyak produk dari kawasan Delta Sungai Yangtze dan Delta Sungai Mutiara telah diangkut ke pasaran-pasaran Asia Tengah dan Eropah menggunakan perkhidmatan tren kargo China-Eropah itu.

Kini, sebanyak 128 kereta api seumpama melewati pelabuhan ini, meliputi 27 wilayah peringkat provinsi di China menuju ke 21 negara termasuk Jerman dan Poland. Kereta api berkenaan membawa lebih 200 kategori barangan, daripada kenderaan dan alat ganti hinggalah pakaian dan elektronik.

Video

Berita Berkaitan