Rekod Baharu: Lebih 450,000 Kenderaan Dieksport Melalui Horgos

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 23 Januari 2026

Sebuah trak pos meninggalkan zon bon bersepadu di Horgos, wilayah autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China, 11 September 2025. (Xinhua/Li He)

Sebuah trak pos meninggalkan zon bon bersepadu di Horgos, wilayah autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China, 11 September 2025. (Xinhua/Li He)

Pintu darat terbesar di China bagi pengeksportan automobil, Pelabuhan Horgos di wilayah autonomi Uygur Xinjiang menyaksikan jumlah eksport kenderaan mencatat rekod tertinggi setakat ini pada 2025.

Menurut statistik Kastam Horgos pada Rabu, sebanyak 450,000 kenderaan dieksport melalui pelabuhan itu tahun lalu, naik 6.9 peratus tahun ke tahun. Lebih 1,000 kenderaan keluar dari pelabuhan tersebut secara puratanya setiap hari.

Bersempadan dengan Kazakhstan, pelabuhan itu telah menjadi “saluran emas” untuk kenderaan China khususnya kenderaan tenaga baharu (NEV), masuk ke pasaran antarabangsa. NEV China telah muncul sebagai penggerak penting pertumbuhan eksport, dengan popularitinya yang semakin meningkat di Asia Tengah dan Rusia ekoran daya saing teknologi dan kecekapan kosnya, menurut pihak kastam.

Kastam Horgos telah memperkenalkan sebuah sistem pelepasan inovatif yang membolehkan kenderaan komersial dipandu keluar terus dari pelabuhan, langkah yang penting peranannya dalam mendorong kecekapan pelepasan. Sebelum ini, kebanyakan kenderaan yang dieksport keluar dari pelabuhan itu diangkut dengan trak.

Video

Berita Berkaitan