Pemuliharaan Tanah Hitam China Cecah 7.47 Juta Hektar pada 2025

(CRI)Isnin 26 Januari 2026

Kementerian Hal Ehwal Pertanian dan Luar Bandar China memaklumkan bahawa keluasan kawasan penanaman pemuliharaan tanah hitam yang dilaksanakan di timur laut China telah mencapai kira-kira 7.47 juta hektar pada tahun 2025.

Penanaman pemuliharaan adalah satu teknik pertanian yang menjamin hasil tanah yang stabil, tinggi dan mampan.

Ia melibatkan penyemaian tanpa atau dengan penggemburan tanah yang minimum, dengan permukaan tanah dilindungi oleh jerami atau sisa tanaman, yang secara berkesan melindungi lapisan tanah hitam.

Sejak 2020, Kementerian Hal Ehwal Pertanian dan Luar Bandar dan Kementerian Kewangan China telah melancarkan Pelan Tindakan Penanaman Pemuliharaan Tanah Hitam Timur Laut (2020–2025).

Sepanjang enam tahun perlaksanaan, kerajaan pusat telah melaburkan sebanyak RMB17.97 bilion dalam dana khas dan telah berjaya menyelesaikan penanaman pemuliharaan secara kumulatif pada kawasan seluas 34.4 juta hektar.

Video

Berita Berkaitan