Mesyuarat Pegawai Kanan APEC 2026 Pertama Bakal Diadakan di Guangzhou

(CRI)Khamis 29 Januari 2026

Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang akhbar semalam mendedahkan bahawa China selaku tuan rumah APEC 2026 akan menganjurkan Mesyuarat Pegawai Kanan APEC pertama dan mesyuarat berkaitan di Guangzhou pada 1 hingga 10 Februari akan datang.

Semasa menjawab soalan berkenaan, Guo menyatakan bahawa mesyuarat kali ini akan memberi tumpuan pada tema persidangan APEC 2026, iaitu "Membangun Komuniti Asia-Pasifik dan Meningkatkan Kemakmuran Bersama", di samping memfokuskan pada tiga bidang keutamaan, iaitu "keterbukaan, inovasi dan kerjasama".

Selain itu, kerjasama di bawah pelbagai mekanisme dan sektor akan dilancarkan secara menyeluruh sedangkan perincian berkenaan akan dibincangkan secara mendalam, yang dilihat sebagai persiapan untuk mesyuarat pemimpin tidak formal pada bulan November nanti.

Menurut Guo, lebih 50 acara akan diadakan sepanjang mesyuarat ini, dengan kehadiran kira-kira 1,000 orang wakil dari entiti ekonomi APEC, sekreteriat, Majlis Perundingan Perniagaan dan lain-lain. Pelbagai kerja persediaan berkenaan berjalan lancar pada masa ini.

Video

Berita Berkaitan