- Lain-lain
Xi Sampai Ucapan Bertulis pada Sidang Kemuncak CEO APEC
Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan bertulis sempena Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang diadakan di Gyeongju, Korea Selatan pada Jumaat.
Xi berkata APEC ditubuhkan selari dengan arus globalisasi ekonomi, menyasar untuk menggalakkan liberalisasi perdagangan dan pelaburan serta menyokong pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi.
Semua pihak perlu mengekalkan aspirasi asal dan berusaha memberi sumbangan signifikan kepada dunia menerusi kerjasama Asia Pasifik yang lebih dinamik dan berdaya tahan.
Beliau menegaskan keperluan menerajui usaha dalam memelihara keamanan dan kestabilan, mengamalkan keterbukaan dan kesalinghubungan, menjunjung kerjasama menang-menang serta menggalakkan keterangkuman dan manfaat bersama.
Beliau berkata China mampu menyediakan lebih banyak peluang pembangunan kepada komuniti perniagaan global dengan ruang pasaran yang besar dan jangkaan pertumbuhan yang baik.
China juga mampu menyediakan iklim perniagaan yang baik, pentas inovasi yang luas serta syarat yang kondusif kepada pertumbuhan hijau buat komuniti perniagaan sejagat.
Xi berkata China merupakan destinasi pelaburan yang ideal, selamat dan cerah masa depannya untuk golongan ahli perniagaan dari seluruh dunia.
Bersama-sama China bererti meraih peluang, percaya China bererti percaya hari esok yang lebih baik dan melabur di China bererti melabur untuk masa depan, ujar beliau.
- China Peneraju Ekonomi Asia-Pasifik - Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC
- Ekonomi Rantau APEC Diunjur Berkembang 3.1 Peratus
- Xi Kemukakan Lima Cadangan Untuk Pertumbuhan Ekonomi Asia-Pasifik
- Xi Sampai Ucapan pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-32
- Xi Tiba di Korea Selatan, Hadiri Sidang Kemuncak APEC
- Xi, Trump Bakal Bertemu di Busan
- Xi Jinping akan Hadiri Mesyuarat Tidak Rasmi APEC ke-32 di Korea Selatan
- China Main Peranan Signifikan dalam APEC: Presiden Peru
- China Tuan Rumah Sidang Kemuncak APEC 2026
- Xi Sampai Ucaptama Sempena AELM ke-31




