- Lain-lain
China, Britain Komited Kekalkan Hubungan Dua Hala yang Stabil untuk Jangka Masa Panjang

Presiden China Xi Jinping menerima kunjungan Perdana Menteri Britain Keir Starmer di Dewan Besar Rakyat Beijing pagi tadi.
Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk mengekalkan hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Britain yang stabil untuk jangka masa panjang.
Xi dalam pertemuan berkata, China mempertahankan pembangunan secara damai, tidak pernah melancarkan peperangan atau menceroboh wilayah negara lain walau seinci pun.
Tak kira berapa kuat China membangun dan berkembang, China tidak akan menjadi ancaman kepada negara lain, tegas Xi.
Beliau berkata, budaya tradisi China menjunjung keharmonian dan kedamaian. Oleh itu, China dan Britain patut mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk kebaikan bersama.
Tahun ini menandakan tahan pertama dalam pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-15.
Xi menegaskan bahawa kedua-dua negara ini perlu memperluas kerjasama saling menguntungkan dalam sektor pendidikan, perubatan, kewangan dan perkhidmatan, di samping mengadakan penyelidikan bersama dalam kecerdasan buatan, sains biologi, tenaga baharu, dan teknologi rendah karbon untuk mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama.

Starmer dalam pertemuan itu berkata beliau amat gembira menjadi perdana menteri Britain yang pertama melawat China dalam tempoh lapan tahun lalu.
Beliau mengetuai delegasi besar terdiri lebih 60 tokoh dari kalangan perindustrian, perdagangan dan kebudayaan untuk kunjungan ke China kali ini, dan ini cukup memaparkan keinginan kuat pihak Britain untuk mempergiat dan meluaskan kerjasama dengan China.
Starmer berkata, China memainkan peranan penting dalam hal ehwal antarabangsa.
Britain bersedia meningkatkan kerjasama dengan China dalam menghadapi pelbagai cabaran global termasuk perubahan iklim, serta bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan dunia, tegas Starmer.
- China, Britain Ikrar Perkasa Kerjasama Ekonomi
- China dan Britain Komited Tegakkan Sistem Perdagangan Multilateral
- HSBC Diharap Terus Rintis Pasaran China - Han Zheng
- Wang Yi Bertemu PM Britain di London
- Pilihan Tepat bagi China, Britain Perbanyak Dialog dan Kerjasama - Wang Yi
- Wang Yi Lawat UK dan Ireland, Hadir MSC
- Pencapaian tentang 69 Perkara dalam Dialog Ekonomi dan Kewangan China-Britain ke-11
- Xi Bertemu PM Britain
- Xi, PM Britain Adakan Perbualan Telefon
- PM China Utus Tahniah kepada PM Baharu Britain




