Tinjauan CGTN: Kerjasama China-Britain Saling Menguntungkan

(CRI)Jumaat 30 Januari 2026

Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mengadakan lawatan empat hari ke China apabila dunia ini mendepani pergolakan. Lawatan Starmer kali ini merupakan lawatan pertama Perdana Menteri Britain ke China dalam tempoh lapan tahun.

Starmer bukan satu-satunya pemimpin asing yang melawat China baru-baru ini.

Satu tinjauan pendapat umum yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati 85.2 peratus responden berpendapat, lawatan beberapa pemimpin asing ke China yang padat baru-baru ini mencerminkan konsensus masyarakat antarabangsa iaitu mewujudkan multipolarisasi yang teratur berasaskan kesamarataan, dan globalisasi yang terangkum dan membawa situasi sama menang.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, unilateralisme, amalan perlindungan dan hegemoni membawa kesan negatif kepada orde antarabangsa. China dan Britain sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dan entiti ekonomi utama di dunia, wajar untuk meningkatkan dialog dan kerjasama, sama ada dalam memelihara kedamaian dan kestabilan dunia, ataupun menggalakkan pembangunan sosioekonomi kedua-dua negara.

Menurut tinjauan CGTN tersebut, 56.9 peratus responden bersetuju dengan pandangan tersebut. Mereka berpendapat China dan Britain mempunyai kepentingan dan tanggungjawab bersama dalam bidang pemeliharaan orde antarabangsa pasca Perang Dunia II, dan sistem perdagangan multilateral.

Tinjauan tersebut dijalankan di platform CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia, diikuti 9,086 netizen dalam masa 24 jam.

Video

Berita Berkaitan