Xinjiang Terima 323 Juta Pelancong Sepanjang 2025

(CRI)Selasa 03 Februari 2026

Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang menerima 323 juta pelancong sepanjang tahun 2025 dengan perbelanjaan pelancongan sebanyak 370 bilion yuan (RM210.59 bilion).

Jumlah itu masing-masing meningkat 8 peratus dan 8.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus mencipta rekod baharu dalam sejarah.

Menurut laporan kerja kerajaan tempatan, bagi tahun 2026, Xinjiang akan giat mengembangkan pelancongan ais dan salji, pelancongan bertema khas dan pelancongan kawasan sempadan sambil mempercepat pembinaan kawasan peranginan kategori 5A peringkat negara di Gunung Kunlun, kampung Lop Nor dan lain-lain.

Pada masa sama, wilayah itu akan memanfaatkan sepenuhnya teknologi digital untuk memperkasa sektor pelancongan budaya sehingga mencipta lebih banyak peluang pekerjaan baharu.

Video

Berita Berkaitan