- Lain-lain
Forum Badan Pemikir PKC dan KMT Seru Perkasa Kerjasama Rentas Selat
Forum Badan Pemikir Parti Komunis China (PKC) dan Kuomintang (KMT) yang bertemakan “Prospek Pertukaran dan Kerjasama Rentas Selat” berlangsung di Beijing pada Selasa.
Forum tersebut menghimpunkan wakil badan pemikir kedua-dua parti, serta tokoh daripada sektor pelancongan, industri, teknologi dan kalangan pakar akademik dari kedua-dua belah Selat Taiwan.
Para peserta berbincang mengenai usaha memperkukuh pertukaran dan kerjasama rentas selat, sambil menyeru semua pihak agar bekerjasama memajukan hubungan rentas selat secara aman, menghapuskan halangan dan mewujudkan keadaan yang lebih kondusif bagi memperdalam kerjasama dalam pelbagai bidang.
Timbalan Pengerusi Yayasan Penyelidikan Dasar Negara KMT, Lee Hong-yuan berkata, situasi di kawasan Selat Taiwan menjadi serius sejak Parti Progresif Demokratik (DPP) memegang kekuasaan pada 2016.
Katanya hubungan antara kedua-dua belah Selat Taiwan sekali lagi berdepan pilihan penting tentang hala tuju masa depan.
Li menegaskan, rakyat di kedua-dua belah selat perlu bersatu, berpegang teguh pada "Konsensus 1992", menentang pemisahan "Kemerdekaan Taiwan" dan campur tangan kuasa asing, di samping memelihara kedamaian, meningkatkan pertukaran dan kerjasama, komited meningkatkan kesejahteraan rakyat bagi merealisasikan kebangkitan bangsa China.
- Forum Kumpulan Pemikir PKC-KMT Bincang Masa Depan Pertukaran dan Kerjasama Kedua-dua Pantai Selat Taiwan
- Kem Musim Sejuk Belia Taiwan Dirasmikan di Hangzhou
- Xi Ucap Tahniah kepada Cheng Li-wun, Dipilih sebagai Pengerusi KMT
- Saudara Setanah Air dari Taiwan Dijemput Saksikan Perbarisan Tentera, 3 Sept di Beijing
- Aktiviti Pertukaran Belia Rentas Selat, Pikat Hati Ribuan Belia Taiwan
- Acara Pertukaran Antara Rakyat Rentas Selat Terbesar Bukai Tirai
- Sidang Kemuncak Media Rentas Selat Diadakan di Beijing
- Kerajaan Pusat akan Gantung Dasar Pengecualian Tarif terhadap Produk Pertanian dari Taiwan
- Forum Pembangunan Belia Rentas Selat Buka Tirai di Hangzhou
- 77 Projek Ditandatangani dalam Ekspo Kebudayaan Dua Pantai Selat Taiwan Ke-14




