- Lain-lain
Xi Ucap Tahniah kepada Cheng Li-wun, Dipilih sebagai Pengerusi KMT
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Cheng Li-wun yang dipilih sebagai Pengerusi parti Kuomintang China (KMT), pada Ahad.
Dalam perutusan tahniahnya kepada Cheng, Xi memuji usaha kedua-dua parti politik yang mematuhi Konsensus 1992 dan menentang 'Kemerdekaan Taiwan' bagi memelihara keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan.
Xi berkata, sejak sekian lama kedua-dua parti telah menggalakkan pertukaran dan kerjasama rentas selat, menyumbang kepada kestabilan serantau serta meningkatkan kesejahteraan penduduk di Tanah Besar dan Taiwan.
Beliau berharap kedua-dua parti terus mematuhi asas politik bersama, bersatu dengan penduduk Taiwan, meningkatkan pertukaran dan kolaborasi antara parti, agar mendorong pembangunan bersama dan mewujudkan penyatuan semula negara.
Pada hari yang sama, Cheng Li-wun membalas surat kepada Xi, menzahirkan ucapan terima kasih kepada beliau, dan menyatakan bahawa kedua-dua belah Selat Taiwan adalah keturunan bangsa China.
Beliau menekankan, kedua-dua parti harus meningkatkan komunikasi dan kerjasama demi mempromosikan kedamaian dan kestabilan di Selat Taiwan.
- Saudara Setanah Air dari Taiwan Dijemput Saksikan Perbarisan Tentera, 3 Sept di Beijing
- Aktiviti Pertukaran Belia Rentas Selat, Pikat Hati Ribuan Belia Taiwan
- Acara Pertukaran Antara Rakyat Rentas Selat Terbesar Bukai Tirai
- Jangan Samakan Isu Taiwan dengan Krisis di Ukraine - Jurucakap MFA
- Syarikat Berkaitan "Kemerdekaan Taiwan" Dilarang Lakukan Sebarang Urus Niaga di Tanah Besar
- Sidang Kemuncak Media Rentas Selat Diadakan di Beijing
- China Beri Amaran Tegas kepada Pihak Bersekongkol Isu "Kemerdekaan Taiwan"
- Kerajaan Pusat akan Gantung Dasar Pengecualian Tarif terhadap Produk Pertanian dari Taiwan
- Forum Pembangunan Belia Rentas Selat Buka Tirai di Hangzhou
- Tanah Besar China, Taiwan Sedarah Sedaging -- Presiden Xi




