- Lain-lain
Saudara Setanah Air dari Taiwan Dijemput Saksikan Perbarisan Tentera, 3 Sept di Beijing
Rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuk saudara setanah air dari Taiwan akan dijemput untuk menyaksikan majlis memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia yang dijadual berlangsung di Beijing pada 3 September.
Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara, Zhu Fenglian dalam sidang media pada Rabu berkata tahun ini juga menandakan genap 80 tahun pengembalian Taiwan kepada China selepas lima dekad pendudukan Jepun.
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Dewan Negara, Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dan Suruhanjaya Ketenteraan Pusat akan mengadakan majlis peringatan berkenaan serta perbarisan tentera di Dataran Tian'anmen.
Zhu berkata perang menentang pencerobohan Jepun merupakan peristiwa epik yang dinukilkan oleh seluruh bangsa China.
Semua rakyat China termasuk saudara setanah air dari Taiwan telah mencurahkan pengorbanan besar dan sumbangan penting untuk kemenangan perang berkenaan.
Beliau menyeru agar saudara setanah air di kedua-dua belah Selat Taiwan mengingati sejarah, mengenang pahlawan, menyemarakkan semangat patriotisme dan semangat juang menentang pencerobohan, serta sehati sejiwa ke arah mewujudkan penyatuan semula negara dan kebangkitan bangsa.
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
- Cubaan "Kemerdekaan Taiwan" Nescaya Gagal
- Putar Belit Sejarah WWII, Kelakuan Mengaibkan --MFA
- Aktiviti Pertukaran Belia Rentas Selat, Pikat Hati Ribuan Belia Taiwan
- China Beri Amaran kepada Filipina, Jangan Cuba “Bermain Api” dalam Isu Taiwan
- China Kecam Kenyataan Lai Ching-te, Promosi Pemisahan "Kemerdekaan Taiwan"
- China Bantah Keras Jepun Terima Kunjungan Pegawai Taiwan
- Provokasi "Kemerdekaan Taiwan" Hanya Akan Musnahkan Diri Sendiri
- AS Perkuda Taiwan, Jadikan Mesin Tunai Menerusi Penjualan Senjata
- Acara Pertukaran Antara Rakyat Rentas Selat Terbesar Bukai Tirai
- Jangan Samakan Isu Taiwan dengan Krisis di Ukraine - Jurucakap MFA