- Lain-lain
Pesawat C919, C909 tampil di Pertunjukan Udara Singapura 2026

Pesawat C919 Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) beraksi semasa pratonton media bagi edisi ke-10 Pertunjukan Udara Singapura, 1 Februari 2026. (Foto oleh Then Chih Wey/Xinhua)
Pesawat C919 dan C909 yang dibangunkan secara domestik oleh China telah membuat penampilan di Pertunjukan Udara Singapura, dengan C919 dijadualkan membuat demonstrasi penerbangan, maklum Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC).
Dimaklumkan, jet penumpang C919 boleh memuatkan 158 hingga 192 penumpang, dengan jarak penerbangan 4,075 hingga 5,555 kilometer. Model pesawat tersebut telah membuat debut dalam sebuah demonstrasi penerbangan di Pertunjukan Udara Singapura pada 2024.
Acara tahun ini akan menjadi kali pertama COMAC menampilkan pesawat perubatan C909 yang dilengkapi dengan kemudahan diagnostik mata dan pembedahan, di Asia Tenggara.
C909 dilaporkan boleh membawa 78 hingga 97 penumpang untuk jarak antara 2,225 hingga 3,700 kilometer. Ia direka untuk beroperasi di lapangan terbang berlandasan pendek dan sempit, serta mampu berfungsi dengan baik dalam keadaan suhu tinggi, altitud tinggi dan angin lintang.
Asia Tenggara telah muncul sebagai pasaran yang penting bagi COMAC. Tahun-tahun kebelakangan ini, pesawat C909 telah mula diguna pakai di Indonesia, Laos dan Vietnam.
Pada Pertunjukan Udara Singapura 2026, COMAC menandatangani perjanjian dengan Shanxi Victory General Aviation untuk membekalkan enam unit pesawat pencegah kebakaran C909, antaranya tiga tempahan terus dan tiga lagi melalui surat hasrat.
Lebih daripada 200 unit C919 dan C909 telah dihantar kepada pembeli setakat ini, menurut COMAC.
Pertunjukan Udara Singapura 2026 berlangsung dari 3 hingga 8 Februari.
- Pesawat C919 Berkhidmat untuk Laluan Guangzhou-Nanjing
- C919 Mulakan Perkhidmatan Komersial di Dataran Tinggi
- Pertunjukan Udara Dubai 2025 Buka Tirai, C919 China Buat Kemunculan Sulung di Timur Tengah
- Pesawat C919 Tiba di UAE, Sertai Pertunjukan Udara Dubai 2025
- Pesawat C919 Dicat Khas Sambut Sukan Kebangsaan China Ke-15
- Tempahan Kemboja Beli Pesawat C909 Buatan China Jadi Tumpuan Media Asing
- Perkhidmatan Komersial C919 Liputi 16 Bandar Domestik
- China Eastern Perkenal Laluan Baharu Guna Pesawat C919
- Ciri Khas Termaju Bantu C909 Terbang Lebih Tinggi
- Pesawat C919 Berjaya Lakukan Penerbangan Sulung Shanghai-HK




