- Lain-lain
Pesawat C919 Dicat Khas Sambut Sukan Kebangsaan China Ke-15

Sebuah pesawat penumpang C919 yang dicat khas dengan elemen-elemen bertemakan Sukan Kebangsaan China ke-15, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou pada 12.27 tengah hari Selasa.
Pesawat yang membawa 157 penumpang itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hongqiao Shanghai selepas penerbangan kira-kira dua jam.
C919 merupakan pesawat pertama yang menampilkan tema “Teluk Besar Mempesona” sempena perasmian temasya sukan kebangsaan itu.

Sepanjang berlangsungnya Sukan Kebangsaan kali ini, pesawat itu akan beroperasi bagi laluan penerbangan antara Guangzhou dengan Shanghai.

Untuk rekod, Sukan Kebangsaan ke-15 dijadual berlangsung dari 9 hingga 21 Nov, dan buat kali pertama dianjurkan bersama oleh tiga wilayah iaitu Guangdong, Hong Kong dan Macau.
Pesawat C919 yang dikendalikan oleh China Southern Airlines telah beroperasi selama lebih setahun dengan rekod cemerlang membawa lebih 590,000 penumpang ke pelbagai destinasi.
- Tempahan Kemboja Beli Pesawat C909 Buatan China Jadi Tumpuan Media Asing
- Perkhidmatan Komersial C919 Liputi 16 Bandar Domestik
- China Eastern Perkenal Laluan Baharu Guna Pesawat C919
- Ciri Khas Termaju Bantu C909 Terbang Lebih Tinggi
- Pesawat C919 Berjaya Lakukan Penerbangan Sulung Shanghai-HK
- Pesawat Penumpang Buatan China C909 Tiba di Brunei
- C919 Diguna untuk Laluan Shanghai-HK Mulai 1 Januari 2025
- Penumpang Pesawat C919 Buatan China Cecah 1 Juta
- Laluan Penerbangan C919 Liputi 10 Bandar
- Jumlah Penumpang C919 Kini Melebihi Separuh Juta




